Sindiket edar ganja guna bungkusan kecil tumpas

KANGAR – Taktik licik sindiket pengedaran dadah menggunakan bungkusan kecil bagi mengelak dikesan pihak berkuasa akhirnya terbongkar selepas polis merampas lebih tujuh kilogram ganja dalam dua serbuan berasingan di Perlis.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, dalam serbuan pertama di Padang Besar pada 11 Jun lalu, seorang lelaki warga Thailand berusia 21 tahun diberkas ketika membawa beg galas berisi 27 peket kecil mengandungi ganja seberat 2.98 kilogram.

“Setiap bungkusan kecil ini dipercayai untuk memudahkan pengedaran secara berperingkat selain mengurangkan risiko pengesanan semasa penghantaran.

“Susulan tangkapan itu, seorang lagi suspek lelaki tempatan berumur 25 tahun ditahan di Alor Setar, Kedah kerana dipercayai menjadi perantara sindiket berkenaan,” katanya ketika sidamg akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Perlis di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati sindiket itu beroperasi berdasarkan permintaan dan akan menghantar bekalan dadah dari Thailand ke Malaysia dengan bayaran sebanyak RM1,500 bagi setiap penghantaran.

“Rampasan ganja itu mampu digunakan seramai 29,870 penagih dan suspek utama didapati positif methamphetamine serta memiliki empat rekod lampau berkaitan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek telah direman tujuh hari bagi siasatan lanjut,” ujarnya.

Katanya lagi, pada 9 Jun lalu, polis turut merampas 4.2 kilogram ganja bernilai RM13,020 di kawasan hutan sempadan Malaysia-Thailand dan siasatan diteruskan bagi memburu saki-baki ahli sindiket.

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak