Program ‘Homeward’ ringankan beban klien JPKAS terlantar

KOTA KINABALU – Program ‘Homeward’ terus memberi impak positif dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan meringankan beban melalui penyediaan kemudahan asas yang sesuai dengan keperluan klien Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS).

Pengarah JPKAS, Jais Asri berkata, program di bawah inisiatif Sabah Maju Jaya itu memberi tumpuan kepada kemudahan asas peralatan dan sokongan bersepadu mengikut keperluan klien.

“Antaranya penyediaan katil hi-lo, tilam beralun, kerusi roda, ‘oxygen concentrator’, pembahagi ruang wad, kerusi tandas (kerusi komod) dan peralatan lain mengikut keperluan pesakit secara ‘Loaner Cycle’.

“Lawatan khidmat sokongan secara berkala turut dibuat, selain pemberian bantuan kewangan bulanan di bawah skim Bantuan Am, Bantuan Pesakit Kronik atau Terlantar serta Bantuan Warga Emas bermula RM250 hingga RM600 sebulan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, pada Isnin.

Jelas Jais, permohonan ‘Homeward’ itu terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Sabah dan merupakan pesakit kronik atau terlantar yang disahkan hospital kerajaan.

“Selain itu, warga emas atau OKU yang uzur dan tidak boleh mengurus diri sendiri termasuk pesakit daripada kalangan B40 dan ke bawah.

“Program ini menggalakkan penjagaan terbaik kepada warga emas dan OKU terlantar dalam persekitaran keluarga sendiri yang seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan kepada institusi penjagaan kerajaan,” tambahnya.

Terdahulu, Jais menyampaikan penyerahan katil ‘Hi-Lo Homeward’ dan bakul makanan kepada klien di Kampung (Kg) Darau Laut, Kg Dambai Inanam, Kg Likas.

Turut hadir, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Darau, Abqaree Fawwaz Abekan; Penyelia Kemajuan Masyarakat UPPM Darau, Mohd Sharil Sahar dan Wakil UPPM Inanam, Nicho Unui.

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak