Penduduk Kampung Ulu Dingin bimbang ancaman ‘pak belang’

KULIM – Kemunculan harimau belang di sekitar Kampung Ulu Dingin di sini yang menyebabkan haiwan ternakan terkorban menggusarkan penduduk.

Penduduk, Muhammad Khairul Azlan Che Hamid, 37, berkata, lembu miliknya yang sedang bunting dijumpai mati dalam keadaan dibaham di bahagian belakang, dalam kejadian di kaki Gunung Inas pada Khamis lalu.

Dia yang juga merupakan penternak dan pengusaha ladang kelapa sawit berkata, kejadian kali ini merupakan lembu ketujuh miliknya yang terkorban dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

“Pada tahun 2023, dua ekor lembu saya mati, manakala pada 2024, empat ekor pula… secara keseluruhan termasuk tahun ini, sudah tujuh ekor kesemuanya,” katanya.

Muhammad Khairul Azlan berkata, dia mula menternak di sekitar perkampungan itu sejak 2010 dan kini memiliki kira-kira 70 ekor lembu.

Muhammad Khairul menunjukkan keadaan lembu miliknya yang mati disyaki diserang harimau.

Muhammad Khairul menunjukkan keadaan lembu miliknya yang mati disyaki diserang harimau.

“Bagaimanapun, pagar saya kini rosak dan sedang dibaiki… menyebabkan ada lembu yang berkeliaran di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran.

“Pada hari kejadian Khamis lalu, sekitar pukul 5 pagi, saya baru sahaja melalui kawasan itu untuk menghantar isteri ke tempat kerja dan nampak masih ada lembu berkumpul di tempat biasa… namun beberapa jam kemudian, seorang kawan telefon dan beritahu lembu saya dah mati. Saya syak baru sahaja mati, berdasarkan keadaan darah yang masih segar,” katanya.

Jelasnya, penduduk percaya kematian haiwan ternakan disebabkan diserang harimau belang, memandangkan berlaku beberapa kejadian serupa pada Januari dan Mac tahun ini.

“Sejak serangan terbaharu itu, kami sekeluarga lebih berwaspada setiap masa memandangkan kedudukan rumah kami agak jauh dari rumah orang lain dan terpencil,” katanya.

Menurutnya, perkara itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Penghulu Mukim Mahang, Mohd Naim Zamhuri Zainul Abidin berkata, sepanjang tahun 2025, pihaknya telah menerima tiga laporan daripada penduduk kampung yang mendakwa haiwan ternakan terkorban disyaki diserang harimau belang.

“Pada 15 Januari, dua ekor lembu mati, 17 Mac seekor dan terbaru pada 12 Jun seekor… secara keseluruhan empat ekor. Setakat ini, kita sudah majukan laporan kepada Pejabat Perhilitan untuk tindakan lanjut.

“Keadaan masih terkawal dan lokasi kejadian pula jauh di dalam ladang, kira-kira 10 kilometer dari pekan Mahang. Kampung Ulu Dingin pula hanya mempunyai lebih kurang 10 buah rumah dengan jarak antara satu sama lain yang agak jauh,” katanya.

Jelasnya, setakat ini perangkap telah dipasang pihak berkuasa di Kampung Ulu Dingin dan Ulu Mahang, begitu juga dengan alat kamera pemantau bagi mengawasi pergerakan haiwan liar tersebut.

“Saya juga difahamkan pihak berkenaan telah menempatkan renjer komuniti sebagai pengawasan.

“Kita juga telah membuat makluman umum kepada jawatankuasa kampung untuk memberi peringatan berjaga-jaga kepada penduduk sekitar supaya tidak terlalu terdedah di kawasan tersebut. Pihak penternak juga telah dimaklumkan supaya tidak melepaskan ternakan terlalu bebas keluar atas faktor keselamatan dan mengelakkan perkara tidak diingini,” katanya.

Related Posts

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KOTA KINABALU – Gerakan koperasi di Sabah disaran lebih berani memanfaatkan potensi besar sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu melalui pembangunan produk, perkhidmatan dan jaringan perniagaan yang lebih kompetitif.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

KUANTAN – Semua rakyat negeri ini diseru mengambil peluang menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dirangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh