Kerajaan Persekutuan tidak pernah pinggir pembangunan infrastruktur negeri lain – Zairil

GEORGE TOWN – Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara bukan sekadar penyelesaian kepada masalah kesesakan lalu lintas yang semakin memburuk di negeri ini, sebaliknya menjadi pemangkin baharu kepada lonjakan ekonomi digital, pelaburan antarabangsa dan pembangunan mobiliti bandar yang lebih mampan.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, pelaksanaan projek mega itu bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang, malah turut menyumbang secara tidak langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Pelaburan yang berjaya ditarik ke negeri ini akan menyumbang kepada hasil negara yang kemudian diagihkan semula dalam bentuk infrastruktur dan pelbagai sektor lain di seluruh Malaysia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keperluan projek LRT sebagai pelengkap kepada pembangunan menyeluruh negeri.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki menggesa kerajaan mempertimbangkan semula keutamaan perbelanjaan infrastruktur negara dengan memindahkan peruntukan projek LRT Laluan Mutiara kepada usaha menaik taraf Jalan Raya Timur-Barat dari Gerik ke Jeli.

Ia susulan kemalangan ngeri membabitkan bas ekspres yang mengorbankan 15 nyawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam kejadian pada Isnin lalu.

Tambah Zairil, kerajaan tidak pernah meminggirkan negeri-negeri lain dalam soal pembangunan infrastruktur.

“Sebagai contoh, laluan penting seperti Jalan Gerik-Jeli telah menerima peruntukan hampir RM84 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR).

“Peruntukan pembaikan jalan di negeri-negeri Pantai Timur dan utara Semenanjung Malaysia sentiasa diambil kira setiap tahun menerusi agihan kementerian berdasarkan keperluan semasa dan kadar penggunaan jalan tersebut,” ujarnya.

Zairil menambah, projek LRT Laluan Mutiara adalah satu inisiatif khas di bawah Kerajaan MADANI sebagai usaha merealisasikan impian sebahagian besar rakyat negeri ini yang menginginkan sistem pengangkutan awam moden dan cekap.

“Dengan adanya LRT, pergerakan harian rakyat akan menjadi lebih lancar tanpa bergantung sepenuhnya kepada jalan raya.

“Sudah tentu kita juga berharap rekod kemalangan dapat dikurangkan dengan pengurangan kenderaan persendirian di jalan raya,” katanya.

Beliau berkata, projek LRT Laluan Mutiara yang bakal menghubungkan kawasan utama di bahagian pulau dan seberang itu dilihat sebagai antara langkah proaktif Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam menstruktur semula sistem pengangkutan serta memperkasa ekonomi setempat menerusi peningkatan akses mobiliti.

Terbaharu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan projek LRT Laluan Mutiara bakal memulakan kerja-kerja fizikal dalam tempoh sebulan hingga dua bulan selepas semua isu tertangguh antara Kerajaan Negeri dan kerajaan Pusat telah diselesaikan.

Anthony Loke berkata, kerja-kerja awal termasuk kerja-kerja penanaman cerucuk akan dilaksanakan dan pihaknya telah meminta agar pelan lencongan trafik disediakan sebaik kerja pembinaan bermula.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK