Bengkel keselamatan kebakaran UTC Sabah beri pendedahan berguna kepada awam

KOTA KINABALU – Bengkel Keselamatan Kebakaran anjuran UTC Sabah memberi impak besar kepada penghuni bangunan termasuk pengunjung, khususnya mereka yang kerap berurusan di bangunan kerajaan, melalui pendedahan berkaitan langkah keselamatan dan tatacara menyelamatkan diri semasa kebakaran.

Ketua Cawangan Bahagian Keselamatan Kebakaran Zon Kota Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Rashid Daud berkata, bengkel ini bertujuan memberi kesedaran kepada penghuni bangunan, pihak pengurusan serta orang awam tentang bahaya kebakaran dan prosedur pengungsian bangunan dengan selamat.

“Bengkel seperti ini sangat penting agar orang awam memahami risiko kebakaran serta tahu bagaimana cara menyelamatkan diri dan harta benda.

“Kami turut menekankan aspek mengenal pasti laluan keluar, laluan kecemasan dan lokasi tempat berkumpul yang selamat,” katanya ketika ditemui media di Menara UTC Sabah, pada Jumaat.

Menurut beliau, bengkel ini juga memberi peluang kepada Jawatankuasa Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) untuk menjalani latihan praktikal dalam pengurusan kecemasan.

Malah, katanya, pelaksanaan bengkel seumpama ini adalah wajib sekurang-kurangnya sekali setahun seperti yang termaktub di bawah Akta Perkhidmatan Bomba.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pengurusan Hartanah UTC Sabah, Martinus Lunggeh, berkata seramai 40 wakil daripada agensi dan jabatan kerajaan di Wisma dan Menara UTC yang dilantik sebagai ketua lantai untuk menyertai program dua hari itu.

“Bengkel terakhir telah diadakan pada tahun 2018, namun tertangguh akibat pandemik COVID-19.

“Kali ini merupakan penganjuran kali kedua dan kami bercadang untuk menjadikannya sebagai program tahunan.

“Sasaran kita adalah sekurang-kurangnya satu hingga dua kali setahun bergantung kepada keperluan dan kesediaan agensi-agensi terlibat,” katanya.

Bagi Pengurus Keselamatan Kebakaran UTC Sabah, Calveen Petrus, kejayaan melaksanakan Ujian Simulasi Kebakaran walaupun berdepan sedikit cabaran membuktikan kesiapsiagaan pasukan OKK yang dilatih.

“Walaupun terdapat kekurangan dari segi peralatan dan aspek pemadaman api, simulasi ini berjalan lancar.

“Kami akan terus menambah baik aspek keselamatan berdasarkan penilaian yang dibuat kali ini.

“Pada masa depan, kami berharap simulasi dapat dijalankan dengan suasana lebih realistik bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan peserta,” katanya.

Related Posts

PM puji usaha Rabithah al-Alam al-Islami perkukuh keharmonian global

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan penghargaan terhadap usaha berterusan Rabithah al-Alam al-Islami dalam memupuk nilai kesederhanaan, keamanan dan kerjasama antara agama di tengah-tengah ketidaktentuan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KP JKOM: ‘Saya tak pernah serang kaum Cina’, akan ambil tindakan undang-undang

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap seluruh kaum Cina seperti yang ditularkan di media sosial oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kuasai teknologi masa depan, generasi muda perlu jadikan al-Quran sebagai pedoman

Kuasai teknologi masa depan, generasi muda perlu jadikan al-Quran sebagai pedoman

PM puji usaha Rabithah al-Alam al-Islami perkukuh keharmonian global

PM puji usaha Rabithah al-Alam al-Islami perkukuh keharmonian global

Terpedaya pelaburan dalam Facebook, warga emas rugi lebih RM371,000

Terpedaya pelaburan dalam Facebook, warga emas rugi lebih RM371,000

114 warga asing ditahan, lakukan pelbagai kesalahan imigresen

114 warga asing ditahan, lakukan pelbagai kesalahan imigresen

10 kenderaan, sebuah rumah musnah dijilat api

10 kenderaan, sebuah rumah musnah dijilat api

Jepun ikat Belanda 2-2

Jepun ikat Belanda 2-2