Bengkel jadi ‘port’ ketum, polis tahan dua lelaki tempatan

PUTATAN – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang berjaya merampas serbuk ketum seberat 3,282.57 gram dan 20 botol plastik air ketum seberat 30,000 mililiter (ml) dalam satu serbuan di sebuah bengkel kereta di daerah Putatan, di sini pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton, dalam operasi tersebut, dua suspek warga tempatan masing-masing berumur 40 dan 22 tahun ditahan.

“Hasil pemeriksaan pihak polis di lokasi kejadian berkenaan berjaya menjumpai satu peket lutsinar berisi serbuk kehijauan dipercayai ketum seberat 3,282.57 gram dan 20 botol plastik seberat 30,000 ml berisi cecair disyaki air ketum.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dan hasil semakan jenayah lampau juga mendapati kedua-duanya tidak terlibat dengan kes jenayah,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Jelasnya, kedua-dua suspek kini ditahan reman.

“Kedua-dua suspek kemudian telah dibawa ke IPD Penampang untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara hingga empat (4) tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” ujarnya.

Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai jenayah dadah untuk segera melaporkan kepada pihak polis.

Related Posts

KP JKOM: ‘Saya tak pernah serang kaum Cina’, akan ambil tindakan undang-undang

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap seluruh kaum Cina seperti yang ditularkan di media sosial oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Terengganu tidak boleh terus berdiam diri, siapa sebenarnya di sebalik sekolah Rohingya?

ISU kewujudan sebuah pusat pembelajaran yang dipercayai beroperasi untuk kanak-kanak Rohingya di Kampung Ladang Titian, Kuala Terengganu bukan lagi sekadar isu pendidikan komuniti pelarian. Ia kini menjadi ukuran sebenar terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

114 warga asing ditahan, lakukan pelbagai kesalahan imigresen

114 warga asing ditahan, lakukan pelbagai kesalahan imigresen

10 kenderaan, sebuah rumah musnah dijilat api

10 kenderaan, sebuah rumah musnah dijilat api

Jepun ikat Belanda 2-2

Jepun ikat Belanda 2-2

Jerman belasah Curaçao 7-1

Jerman belasah Curaçao 7-1

4 sekeluarga maut, kereta dihempap treler

4 sekeluarga maut, kereta dihempap treler

KP JKOM: ‘Saya tak pernah serang kaum Cina’, akan ambil tindakan undang-undang

KP JKOM: ‘Saya tak pernah serang kaum Cina’, akan  ambil tindakan undang-undang