Projek Sigma sokong evolusi digital media tempatan

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi berhasrat untuk memperluas pelaksanaan Projek Sigma ke fasa baharu yang melibatkan lebih banyak organisasi media, susulan kejayaan fasa rintis bersama enam syarikat media tempatan sebelum ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setiap syarikat media yang terlibat dalam projek tersebut telah menjalankan pelbagai pendekatan baharu dalam penyampaian berita serta penghasilan kandungan berdasarkan minat dan kekuatan masing-masing.

“Ada yang bereksperimen dengan format penyampaian berita yang baharu, dan ada juga yang memberi tumpuan kepada gaya persembahan kandungan secara lebih visual dan interaktif. Ini merupakan permulaan yang sangat positif.

“Setiap syarikat media tersebut membuat eksperimen dalam bidang yang mereka minati dan ingin kembangkan. Ada yang meneroka format penyampaian berita, manakala ada juga yang memberi tumpuan kepada penghasilan kandungan dalam bentuk baharu. Maka saya berhasrat untuk mengembangkan lagi apa yang telah berjaya kita lakukan melalui Projek Sigma,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi yang berlangsung di sini, pada Khamis.

Enam syarikat media yang terlibat dalam Projek Sigma termasuk Sinar Daily, New Straits Times, The Star, Sin Chew Daily, serta dua lagi syarikat media lain yang turut melaksanakan eksperimen masing-masing dalam membangunkan format kandungan digital yang lebih segar dan berkesan.

Namun begitu, Fahmi mengakui bahawa antara cabaran utama yang dihadapi oleh industri media ialah kos yang tinggi untuk menghasilkan kandungan digital berkualiti, terutamanya dalam era teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI).

“Ramai dalam kalangan syarikat media menyatakan bahawa meskipun mereka ingin bereksperimen, aspek kos dan keperluan menjaga keuntungan masih menjadi keutamaan. Kita faham realiti tersebut,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan bahawa kementerian melalui agensi-agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan meneliti mekanisme terbaik untuk membantu syarikat media tempatan kekal mampan, berdaya saing dan bersedia menghadapi perubahan landskap industri media.

“Kita mahu syarikat-syarikat media kita ampuh, mampu bersaing dan tidak tertekan dengan gelombang perubahan teknologi, khususnya AI. Namun pada masa yang sama, kita juga ingin memberikan sedikit kelegaan kepada mereka,” ujar beliau.

Beliau turut memaklumkan bahawa dapatan daripada Projek Sigma akan dikongsikan dengan agensi-agensi di bawah Kementerian Komunikasi, sebagai rujukan dalam merangka dasar atau inisiatif sokongan yang lebih menyeluruh terhadap ekosistem media negara.

Related Posts

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju membenarkan penggunaan sehingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menyokong pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PENGLIBATAN beberapa tokoh politik dalam kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan didakwa hanya memburukkan lagi keadaan dan berisiko menjejaskan kemuliaan institusi Raja serta Undang di negeri berkenaan. Pemerhati politik, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan