Ahli perniagaan tidak mengaku salah ambil pekerja Myanmar tanpa pas

GEORGE TOWN – Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengambil pekerja asing warga Myanmar tanpa pas yang sah, bulan lalu.

Tan Kah Harn, 38, yang merupakan pemilik perniagaan berasaskan peladangan dan pertanian bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd. Saidi.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah mengambil enam orang pekerja warga Myanmar berusia 22 hingga 43 tahun yang tidak memiliki pas yang sah di sebuah premis di West Jelutong, Jelutong di sini, kira-kira pukul 1.30 tengah hari, 29 Mei lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh di lokasi dan waktu sama didakwa telah membenarkan seorang warga Myanmar yang tidak miliki pas sah untuk masuk atau tinggal di premis tersebut.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Danial Amir Saad menawarkan wang jaminan berjumlah RM15,000 bagi pertuduhan pertama manakala wang jaminan RM5,000 ditawarkan bagi pertuduhan kedua.

Kemudian, peguam yang mewakili tertuduh, K Mahendran memohon kepada mahkamah agar wang jaminan dikurangkan memandangkan anak guamnya mempunyai keluarga untuk ditanggung.

“Anak guam saya telah berkahwin, mempunyai dua orang anak dan perlu menjaga ibu bapa yang uzur, malah anak guam saya juga telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis selepas dia dibebaskan dengan jaminan pada 3 Jun lalu,” katanya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM13,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 15 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun