MAINPP lancar Jelajah Zakat 2025, tonjol keindahan berzakat

TASEK GELUGOR – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melancarkan Program Jelajah Zakat MAINPP 2025 dengan tema Indahnya Syariat Zakat sebagai inisiatif memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap peranan zakat yang menjadi instrumen sosial dalam pembangunan ummah.

Program yang dirangka sepanjang bulan Jun 2025 itu menyasarkan penjelasan mendalam tentang peranan MAINPP dalam pengurusan kutipan dan agihan zakat secara sistematik, telus dan berkesan, di samping memperkenalkan pelbagai inisiatif strategik kepada masyarakat.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, antara pengisian utama jelajah termasuk sesi taklimat zakat, klinik zakat untuk pembayar mendapatkan bimbingan secara langsung, serta program pembangunan komuniti khusus kepada golongan asnaf di seluruh negeri.

Menurutnya, pelaksanaan Jelajah Zakat ini selari dengan Agenda Pembangunan Agama Islam (APAI2030), aspirasi Malaysia MADANI dan visi Penang 2030 ke arah negeri pintar, hijau dan berteraskan keluarga sebagai inspirasi negara.

“Dengan tadbir urus zakat yang cekap dan berkesan, bukan sahaja golongan asnaf mendapat manfaat, malah ia menyumbang secara langsung kepada kesejahteraan sosial dan ekonomi negeri,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Program Jelajah Zakat MAINPP 2025 di Masjid Jamek Tasek Gelugor, di sini, hari ini.

Mohamad yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang berkata, program ini juga menjadi platform memperkukuh kerjasama antara MAINPP dengan institusi pendidikan, sektor korporat dan NGO dalam usaha memperluas ekosistem zakat yang mampan dan inklusif.

Tambahnya, Jelajah Zakat MAINPP 2025 diharapkan dapat menyemarakkan kesedaran masyarakat bahawa zakat bukan sekadar kewajipan, tetapi satu keindahan dalam syariat Islam yang membawa keberkatan kepada individu dan kesejahteraan kepada masyarakat.

“Pelancaran Jelajah Zakat MAINPP pada hari ini adalah bertepatan dalam usaha kita meningkatkan lagi kesedaran terhadap ibadah berzakat dalam kalangan umat Islam di negeri Pulau Pinang.

“Semoga siri jelajah yang dilaksanakan bermula di Masjid Jamek Tasek Gelugor ini menjadi manifestasi jelas kepada pencapaian matlamat kelestarian muzakki dan mustahik, yang bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan prestasi kutipan dan agihan zakat tetapi juga memperkasa tadbir urus Zakat MAINPP dalam mengangkat agenda sosioekonomi ummah di negeri ini,” tambahnya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan