Pemandu bas ekspres Sabah diingat jangan ambil mudah aspek keselamatan – Bung Moktar

KINABATANGAN – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin menyeru semua pemandu bas ekspres di Sabah agar sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan dan tidak mengambil ringan soal keselamatan nyawa penumpang yang berada di bawah tanggungjawab mereka.

Beliau menzahirkan rasa sedih dan takziah kepada keluarga mangsa tragedi nahas bas ekspres melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlaku di Gerik, Perak pada pagi Isnin.

Katanya, kejadian menyayat hati itu bukan sahaja meragut nyawa anak-anak muda yang masih menuntut ilmu, tetapi turut menjadi peringatan besar kepada seluruh pengendali dan pemandu bas ekspres di negara ini, khususnya di Sabah.

“Jangan jadikan kejar masa sebagai alasan untuk memandu secara melulu atau melebihi had laju.

“Setiap nyawa dalam bas itu adalah amanah ibu bapa, anak-anak, pekerja dan pelajar yang hanya mahu sampai ke destinasi dengan selamat.

“Sedetik kecuaian boleh membawa padah yang tidak boleh ditebus dengan wang ringgit atau penyesalan,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Dalam pada itu, Bung menyarankan agar semua syarikat pengendali bas di Sabah meningkatkan pemantauan ke atas jadual kerja pemandu, memastikan mereka tidak dibebankan dengan waktu pemanduan yang panjang sehingga menjejaskan tahap fokus dan keselamatan ketika memandu.

Beliau yang juga merangkap Ketua UMNO Sabah berkata, pengurusan risiko mesti menjadi keutamaan, bukan hanya keuntungan semata-mata.

“Kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), saya harap pemantauan berkala dan pemeriksaan menyeluruh ke atas bas serta rekod pemanduan dilakukan secara lebih tegas dan berkala.

“Tragedi yang berlaku di Gerik itu mesti dijadikan iktibar oleh semua pihak jangan tunggu kejadian seumpama itu berlaku di Sabah sebelum kita membuka mata.

“Keselamatan penumpang bukan opsyen, tetapi kewajipan mutlak,” ujarnya.

Related Posts

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

GEORGE TOWN – Rasuk kayu yang dimakan anai-anai dikenal pasti menjadi punca kejadian runtuhan struktur di sebuah rumah kedai warisan di Lebuh Armenian, di sini yang mengakibatkan dua pelancong warga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuka satu persoalan besar yang perlu direnungi oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya pengundi Melayu. Adakah kita memilih kerajaan berdasarkan prestasi, atau berdasarkan sentimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

Himpunan RXZ Member catat 11 maut daripada 46 kes kemalangan

  • By Aden
  • August 4, 2026
Himpunan RXZ Member catat 11 maut daripada 46 kes kemalangan

Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah

Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah