Kerajaan Pahang umum haram penggunaan vape

KUANTAN – Kerajaan Pahang mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape di negeri itu, mulai hari ini.

Keputusan itu diumumkan Exco Hal Ehwal Agama, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad semasa sidang media di Bilik Gerakan Sri Pahang, dekat sini.

Beliau berkata, pendirian Kerajaan Negeri dalam hal berkaitan vape sudah difatwakan pejabat Mufti Pahang dan dirujuk ke pejabat penasihat undang-undang negeri.

“Perkara ini juga sudah dibentangkan dalam mesyuarat Exco Pahang pada 14 Mei lalu dan mendapat limpah perkenan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” ujarnya.

Syed Ibrahim memaklumkan, keputusan mengharamkan penggunaan vape itu juga selaras dengan titah Al-Sultan Abdullah sebelum ini yang mahu kerajaan Pahang mengharamkan penggunaan vape secara total.

Al-Sultan Abdullah pada 19 November lalu menyuarakan perkara itu ketika bertitah dalam satu majlis di Kuantan.

“Alat vape ini adalah alat yang merosakkan kesihatan. Saya akan menyuarakan kepada kerajaan supaya vape perlu diharamkan secara total.

“Tidak perlu diberi pertimbangan sewajarnya, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia,” titah baginda.

Ditanya sama ada pengharaman menggunakan vape itu turut membabitkan pengharaman penjualan peranti itu di semua premis di Pahang, Syed Ibrahim memaklumkan perkara berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk penguatkuasaan dan pelaksanaan.

“Kita cadangkan supaya penjualan vape ini juga dikurangkan secara beransur-ansur… secara berperingkat, atas kemampuan PBT itu sendiri.

“Cuma kalau boleh mulai tahun depan, kita tidak mahu ada lagi tempat atau premis menjual vape.

“Jadi, nasihat saya, kepada peniaga vape atau rokok elektrik ini, tidak perlu tambah stok sedia ada,” tegasnya.

Related Posts

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

SUNGAI PETANI – Seorang wanita yang masih menyusukan bayi berusia empat bulan dicekup ketika melepaskan gian bersama tiga lagi individu di sebuah rumah di sini kelmarin. Suspek berusia 27 tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor menzahirkan kekesalan terhadap insiden amang seksual songsang yang didakwa melibatkan seorang guru dan pelajar di sebuah sekolah agama di negeri itu. Exco Hal Ehwal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

  • By Ithma
  • August 19, 2026
Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat