Bantuan tambahan kerajaan kepada mangsa kemalangan bas UPSI

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan tambahan kepada semua mangsa yang terjejas dalam insiden kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, Perak, kelmarin.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam mesyuarat Kabinet hari ini, telah mengarahkan agar bantuan tambahan sebanyak RM10,000 diberikan kepada keluarga setiap mangsa yang terkorban.

Selain itu, mangsa yang cedera dalam tragedi berkenaan akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM5,000 setiap seorang.

“Perdana Menteri telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri supaya diberikan bantuan tambahan kepada setiap keluarga mangsa yang meninggal dunia sebanyak RM10,000, manakala mangsa yang cedera pula menerima RM5,000.

“Perdana Menteri turut mengarahkan Jabatan Peguam Negara meneliti aspek berkaitan tuntutan insurans bagi semua mangsa yang terlibat,” katanya dalam satu sidang media di sini, pada Rabu.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dalam perjalanan pulang ke kampus menaiki sebuah bas sewa khas dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak, maut apabila bas yang dinaiki mereka terbalik sebelum melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB).

Kemalangan tersebut turut mengakibatkan 33 individu cedera, termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang MPV terbabit.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengumumkan bantuan awal sebanyak RM2,000 dan bantuan bencana sebanyak RM1,000 kepada waris mangsa yang terlibat dalam tragedi itu.

Kerajaan Negeri Perak turut menyalurkan sumbangan awal berjumlah RM1,000 kepada waris setiap mangsa, manakala Kerajaan Negeri Terengganu memberikan bantuan one-off sebanyak RM3,000 kepada setiap keluarga 15 mangsa yang maut.

Bagi mangsa yang cedera, Kerajaan Negeri Terengganu juga dilaporkan akan menyalurkan bantuan kebajikan berjumlah RM1,000 kepada kesemua 33 individu yang terlibat.

Related Posts

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Sikap parti pembangkang Pas yang lebih berminat mencari ruang untuk membantah tindakan kerajaan berkenaan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) disifatkan tidak wajar. Ketua Angkatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendakwaan Ismail Sabri ditangguh ke 27 Ogos, masih dirawat di IJN

KUALA LUMPUR – Prosiding pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang dijadual berlangsung di Mahkamah Sesyen hari ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

Mustapha rai pelajar cemerlang STPM daerah Sepanggar kali keempat

Mustapha rai pelajar cemerlang STPM daerah Sepanggar kali keempat

RCI Tabung Haji dibahas 11 Ogos, Ahli Parlimen diminta teliti fakta sebenar

RCI Tabung Haji dibahas 11 Ogos, Ahli Parlimen diminta teliti fakta sebenar

Paip pecah, laluan Pujut Corner ke Bulatan GK ditutup sementara

Paip pecah, laluan Pujut Corner ke Bulatan GK ditutup sementara