Kajian impak sosio ekonomi perlu siap dahulu sebelumn laksana peluasan SST

PUTRAJAYA – Kajian impak sosio ekonomi secara menyeluruh dan holistik perlu disiapkan terlebih dahulu sebelum kerajaan memutuskan untuk melaksanakan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Ahli Lembaga Amanah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd Syahnis Salleh berpandangan, kajian terbabit harus menilai kesan terhadap kos operasi usahawan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat Bumiputera.

Menurutnya, daya saing sektor-sektor terlibat termasuk pembinaan, pendidikan swasta, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan profesional perlu diteliti secara terperinci serta impaknya terhadap rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang berpotensi terkesan akibat peningkatan kos perkhidmatan.

“Kerajaan disaran melaksanakan proses libat urus yang inklusif melibatkan Persatuan industri dan dewan perniagaan tempatan, wakil Usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan Bumiputera.

“Pemain sektor  pendidikan swasta serta kesihatan di samping Badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pengguna dan golongan rentan perlu dilibatkan. Hasil libat urus ini penting untuk memastikan keputusan yang dibuat lebih seimbang, adil dan berpandukan realiti perniagaan di lapangan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas khabar angin bahawa peluasan SST yang ditangguhkan pada 1 Mei lalu oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan dilaksana bermula dari 1 Julai 2025.

Dalam pada itu, Mohd Syahnis berharap agar kerajaan mempertimbangkan mekanisme pengecualian cukai atau kadar SST istimewa untuk sektor-sektor yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat

“Antaranya seperti pendidikan swasta yang memainkan peranan penting dalam menyediakan akses pendidikan berkualiti di samping penjagaan kesihatan untuk warga asing yang turut menyumbang kepada ekonomi melalui pelancongan kesihatan.

“Sebagai langkah mitigasi, kerajaan disaran memperkenalkan insentif sokongan seperti pelepasan cukai atau rebat kos untuk PKS yang terlibat dalam sektor pembinaan dan perkhidmatan profesional.

“Pada masa sama, laksana Skim subsidi atau geran latihan bagi membantu PKS menyesuaikan diri dengan perubahan cukai dan menambah baik kecekapan operasi mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Syahnis berkata, kerajaan perlu memastikan garis panduan pelaksanaan peluasan SST adalah jelas, telus dan tidak membebankan pihak industri.

“Ini termasuklah prosedur pematuhan cukai yang mudah difahami, mekanisme pengawalan bagi mengelak kenaikan harga yang tidak munasabah serta saluran aduan dan bantuan bagi perniagaan yang menghadapi kesukaran dalam pematuhan,” katanya.

Related Posts

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

PUTRAJAYA – Peruntukan perbelanjaan pembangunan bagi 2027 diunjurkan sekitar RM58 bilion, dengan 70 peratus daripadanya dijangka disalurkan kepada pembangunan asas. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, jumlah itu masih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia sedang menuju sasaran 12 ekonomi paling berdaya saing dunia

KUALA LUMPUR – Malaysia berada pada landasan tepat bagi mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk muncul dalam kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia, kata Timbalan Menteri Ekonomi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung