Polis P.Pinang nekad kejar suspek curi kabel hingga Sg Petani

GEORGE TOWN – Usaha pantas pihak polis menjejaki suspek kes curi kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) membawa kepada rampasan sebuah kenderaan pikap di kawasan perumahan Permata Hill Park, Bedong, Sungai Petani, Kedah awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 3.44 pagi tadi apabila pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian curi kabel di Flat Taman Nusantara, di sini.

“Sepasukan anggota polis yang segera dikerahkan ke lokasi kejadian mendapati kenderaan yang dipercayai digunakan suspek telah melarikan diri ke arah Lebuh Raya Tun Lim Chong Eu.

“Kereta peronda polis berjaya mengesan dan mengejar kenderaan suspek dari susur masuk Jambatan Pertama Pulau Pinang menuju ke Seberang Perai sebelum suspek terus memecut masuk ke Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke arah utara,” katanya di sini hari ini.

Abdul Rozak berkata, polis berusaha menghentikan kenderaan terbabit namun suspek enggan mematuhi arahan dan terus melarikan diri dan kemudian terbabas dalam sebuah parit di tepi kawasan perumahan Permata Hill Park di Bedong.

“Suspek kemudian bertindak melarikan diri ke dalam kawasan hutan berhampiran. Pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemukan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk memotong kabel serta beberapa batang kabel yang telah dipotong di bahagian belakang kenderaan itu,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan pihak polis kini sedang giat mengesan suspek terlibat.

Related Posts

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

PETALING JAYA – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan berhubung insiden salah laku membabitkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah di Rawang yang tular…

Lebih lanjut

teruskan membaca
YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

SHAH ALAM – Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) berjaya melaksanakan Program Pra Saringan Murid Prasekolah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melibatkan kesemua 13 prasekolah di bawah pentadbiran JAIS di seluruh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

Undi PH naik hampir 67 peratus, rakyat Johor masih beri kepercayaan

Undi PH naik hampir 67 peratus, rakyat Johor masih beri kepercayaan

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS