Henti politikkan pelaburan, fokus bangunkan ekonomi Sabah

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura (Warisan), Calvin Chong dinasihat berhenti mempolitikkan pelaburan Sabah sebaliknya fokus dalam membangunkan ekonomi negeri ini.

Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Chan Loong Wei berkata, tuduhan berterusan Calvin terhadap projek Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd adalah tidak bertanggungjawab sekali gus memberi kesan negatif kepada reputasi pelaburan negeri.

Beliau berkata, Calvin sekali lagi mempolitikkan perkara itu dengan memesongkan fakta dan mengelirukan orang ramai sama seperti yang dilakukannya terhadap pelaburan Kumpulan Kibing dan Projek Loji Pemasangan Kenderaan Elektrik (EV) di Sandakan.

“Projek itu merupakan satu pelaburan strategik dan transformasi bernilai RM31 bilion yang bakal merubah landskap perindustrian Sabah serta mewujudkan ribuan peluang pekerjaan untuk bakat tempatan kita.

“Adakah Calvin dan Warisan menentang perindustrian dan pertumbuhan ekonomi? Setiap kali kerajaan berusaha menarik pelabur yang berwibawa, mereka tampil bukan dengan penyelesaian, tetapi dengan sentimen yang tidak bertanggungjawab.

“Pemolitikan terhadap pelaburan, sama ada asing atau domestik, bukan sahaja tidak bijak tetapi juga merosakkan reputasi Sabah,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Chan yang juga Ketua DAPSY Sabah menyelar tindakan wakil rakyat berkenaan yang melancarkan serangan tanpa membuat penyelidikan asas dan mencerminkan kelemahan dalam memahami asas pemudacara pelaburan.

“Politik bukan soal berlagak hero atau populis. la tentang bekerja secara ikhlas untuk membawa perubahan bermakna dan progresif kepada rakyat.

“Tindakan berterusan mempolitikkan pelabur dan projek strategik tanpa menawarkan alternatif yang wajar adalah tidak boleh diterima dan sangat mengarut.

“Tindakannya bukan sahaja merugikan kerajaan tetapi turut menjejaskan keyakinan pelabur sedia ada dan akan datang. Jika ini berterusan, seluruh rakyat Sabah akan menanggung akibatnya,” tambahnya.

Justeru, Chan mencabar Calvin untuk membangkitkan perkara itu dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang jika benar-benar ingin mendapatkan penjelasan atau akauntabiliti.

“Tetapi mari kita bersikap jujur, semasa isu Loji Pemasangan EV Sandakan dibangkitkan, beliau lantang di media sosial dan media massa.

“Namun, apabila diberi peluang untuk bersuara dalam dewan, beliau langsung tidak berkata sepatahpun. Mengapa? Kerana di lubuk hati, beliau tahu projek itu membawa manfaat kepada rakyat.

“Beliau hanya bersikap populis untuk tontonan kamera bukan demi kepentingan rakyat,” katanya.

Related Posts

Sabah perlu pakar perkembangan pediatrik bantu kanak-kanak autisme

KOTA KINABALU – Sabah yang mempunyai hampir empat juta penduduk ketika ini masih berdepan kekurangan kritikal pakar perkembangan pediatrik tetap bagi membantu proses diagnosis dan intervensi kanak-kanak autisme di negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati semangat Aidiladha, dua beradik pilih sertai sukarelawan korban

DUA gadis manis dari Semenyih memilih kelainan menyambut Hari Raya Aidiladha dengan menyertai sukarelawan korban di Ladang Ternakan Saville Fresh di sini, bagi merasai sendiri pengalaman menguruskan ibadah korban. Pasangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perlu pakar perkembangan pediatrik bantu kanak-kanak autisme

  • By Ynom
  • May 27, 2026
Sabah perlu pakar perkembangan pediatrik bantu kanak-kanak autisme

Hayati semangat Aidiladha, dua beradik pilih sertai sukarelawan korban

Hayati semangat Aidiladha, dua beradik pilih sertai sukarelawan korban

Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

Pasukan takraw Malaysia kini kembali mengaum di dunia sukan

Pasukan takraw Malaysia kini kembali mengaum di dunia sukan