Sambutan Pesta Kamaatan angkat semangat inklusiviti

PENAMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji semangat inklusiviti yang dizahirkan dalam sambutan Pesta Kaamatan melalui penglibatan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Beliau berkata semangat ini perlu diterapkan dalam seluruh aspek kehidupan masyarakat. 

“Saudara saudari harus faham bahawa dalam mana-mana negara, penduduknya pelbagai kaum, pelbagai suku kaum dan agama, semangat yang kita sebut inklusiviti ini penting.

“Tak semua faham, tak semua hayati kerana masih ada yang menghasut untuk menunjukkan perbezaan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan 2025 di Dewan Hongkod Koisaan, di sini pada Jumaat.

Anwar berkata, persamaan nilai kemanusiaan dalam pelbagai sambutan budaya dan agama di negara ini perlu diraikan berbanding memperbesarkan-besarkan perbezaan yang wujud.

“Saya boleh sebut 100 berbedaan di antara Kaamatan dengan Sambutan Hari Raya Haji. Saya boleh sebut ratusan perbedaan di antara Kaamatan dengan Hari Gawai atau Deepavali atau Krismas.

“Tapi saya juga boleh sebut ratusan persamaan semangat ihsan, kebaikan, kemanusiaan, kepelbagaian, dengan semua kaum dan agama di negara kita. Mengapa tidak pilih yang itu? Dan mengapa pilih perbezaan?,” katanya.

Perdana Menteri turut menyifatkan kehadirannya dalam sambutan ini sebagai satu tanggungjawab penting dalam menghormati dan memuliakan kepelbagaian budaya rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Kadazan-Dusun dan suku kaum lain di Sabah.

Jelasnya, Pesta Kaamatan dengan tema ‘Kaamatan untuk Semua’ bukan sahaja mencerminkan semangat perpaduan rakyat Sabah, malah berpotensi mengangkat kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai sebuah negara yang menghormati warisan budaya dan hidup harmoni dalam kepelbagaian.

“Tahniah! Terima kasih. Jadi saya berasa, tugas Perdana Menteri mesti datang meraikan sambutan hebat Kaamatan Sabah.

“Kerana saya yakin semua sambutan budaya menghormati Kadazan-Dusun Cultural Association (KDCA) menghormati, memuliakan adat istiadat kita dan suku-suku kaum kita dengan semangat Kaamatan untuk Toinsanan ini memberi kehebatan yang lebih mengangkat kedudukan Malaysia sebagai negara yang terkenal di dunia ini,” ujarnya.

Related Posts

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

KUCHING — Pengumuman Belanjawan 2027 yang menyaksikan peningkatan bantuan tiket penerbangan FlySiswa MADANI daripada RM400 kepada RM500 mendapat sambutan positif dalam kalangan mahasiswa Sarawak yang sedang melanjutkan pengajian di Semenanjung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

KUANTAN – Golongan wanita di Pahang diseru agar tidak membiarkan rasa takut menghalang mereka daripada menjalani pemeriksaan kesihatan, khususnya saringan kanser payudara bagi membolehkan penyakit itu dikesan dan dirawat lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon