Kerajaan Sabah fokus perkasa ekonomi luar bandar

PENAMPANG – Kerajaan Negeri Sabah memberi fokus kepada pemerkasaan ekonomi luar bandar bagi menjana kesejahteraan rakyat secara menyeluruh dan inklusif.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, usaha itu akan dilaksana menerusi pelbagai pendekatan strategik termasuk pemodenan pertanian, galakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pembangunan komuniti.

“Ini bukan sahaja membolehkan mereka meningkatkan pendapatan tetapi juga membantu mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2025 di Dewan Hongkod Koisaan pada Jumaat.

Jelasnya, antara langkah signifkan yang diambil kerajaan adalah mengaktifkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah yang bertujuan menyokong keterjaminan makanan melalui peningkatan tahap sara diri (SSL) pengeluaran beras tempatan.

“Kita sasarkan 30 peratus tahap sara diri beras pada tahun depan dan 60 peratus menjelang 2030.

“Langkah ini penting untuk mengurangkan kebergantungan kepada import dan memperkukuh bekalan makanan tempatan,” ujarnya.

Kata Hajiji, agenda pembangunan itu akan lebih berkesan dengan sokongan dan kerjasama padu antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Beliau yakin hubungan yang kukuh dan erat dengan Kerajaan Persekutuan akan menjadi pemangkin kepada kejayaan dasar-dasar pembangunan negeri.

Mengulas mengenai Pesta Kaamatan, Hajiji berkata, Kaamatan bukan sekadar sambutan budaya, tetapi satu simbol perpaduan dan keharmonian rakyat Sabah yang perlu dipertahankan.

“Kaamatan bukan milik satu kaum semata-mata, tetapi milik semua rakyat Sabah. la mencerminkan semangat muhibbah dan keharmonian yang menjadi asas kestabilan negeri ini,” katanya.

Related Posts

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

KUANTAN – Golongan wanita di Pahang diseru agar tidak membiarkan rasa takut menghalang mereka daripada menjalani pemeriksaan kesihatan, khususnya saringan kanser payudara bagi membolehkan penyakit itu dikesan dan dirawat lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bersedia memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyokong pertumbuhan industri di Lembah Chuping, Perlis. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon

JAIS siasat dakwaan individu Islam lakukan ritual agama lain, tidak tolak unsur AI

JAIS siasat dakwaan individu Islam lakukan ritual agama lain, tidak tolak unsur AI

Tajaan JPA 4,200 anak Sarawak perkasa akses pendidikan tinggi, bantu keluarga B40 – Ahmad Johnie

Tajaan JPA 4,200 anak Sarawak perkasa akses pendidikan tinggi, bantu keluarga B40 – Ahmad Johnie