KPK perkukuh kerjasama strategik sistem agrikomoditi dengan Kerajaan Sabah

KOTA KINABALU – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) memperkukuh kerjasama strategik dengan Kerajaan Sabah dalam sektor agrikomoditi. 

Ia menerusi sesi perbincangan dan kunjungan hormat Timbalan Menteri KPK, Datuk Chan Foong Hin kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang diadakan di Pejabat Ketua Menteri, Menara Kinabalu, pada Selasa.

Beliau berkata, perbincangan tersebut bertujuan untuk menumpukan usaha mempertingkat produktiviti dan memastikan kesinambungan pelaksanaan dasar-dasar berkaitan agrikomoditi.

Menurutnya, Sabah merupakan pengeluar utama minyak sawit mentah (MSM) di Malaysia, selain menjadi antara negeri pengeluar koko yang terpenting. 

“Antara isu utama yang telah dibincangkan seperti peningkatan kadar tanam semula bagi pekebun kecil sawit.

“Kemudahan proses dalam pengesahan status pemilikan tanah di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri akan memanfaatkan para pekebun kecil sawit. 

“Ini bagi membolehkan mereka mendapat manfaat daripada Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) agar pengeluaran sawit di Sabah kekal berdaya saing.

“Selain itu, isu pelaksanaan sistem pendataan digital warga asing Sabah agar lebih sistematik dan efisien,” katanya melalui kenyataan media, pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau berkata kerjasama rapat dan penyelarasan berterusan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri penting bagi mengukuhkan industri demi manfaat rakyat dan negara.

Turut hadir dalam kunjungan ini ialah delegasi pengurusan tertinggi KPK, Setiausaha Bahagian Kanan Industri Sawit dan Sagu (BISS), Severinus Tukah; Setiausaha Bahagian Penggalakan Inovasi dan Modal Insan Industri (PIMI), Saravana Kumar Marimuthu. 

Hadir sama Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Negeri Sabah, Datuk Shahminan Sahari dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Ceasar Mandela Malakun.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar