Geng Topeng tak mengaku tetak ahli perniagaan hingga parah

SEBERANG PERAI – Empat sekawan termasuk seorang kontraktor yang ditahan polis berkaitan kes tetak seorang lelaki sehingga parah di hadapan sebuah restoran di Jalan Raja Uda 16 Mei lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Geng Topeng itu terdiri daripada K. Ravindran, 28, D. Sathea, 32, Muhammad Ilyas Kalaiarasan Abdullah, 33 dan B. Thanabala Singam, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Mengikut pertuduhan, Ravindran dan Sathea telah dengan niat bersama menyebabkan cedera parah ke atas Ooi Jing Wey, 36, dengan menggunakan parang dalam kejadian pada pukul 8.35 malam di hadapan Jalan Perak Duck, Jalan Raja Uda, di sini pada 16 Mei lalu.

Berikutan itu, kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan berasingan terhadap Muhammad Ilyas dan Thanabala Singam, mereka didakwa telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Peguam Y. Yogeswaran yang mewakili keempat-empat tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya menanggung keluarga manakala Muhammad Ilyas akan melangsungkan perkahwinan pada minggu depan.

Hakim membenarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali serta tidak mengganggu mangsa dan menetapkan 1 Julai depan untuk sebutan kes.

Terdahulu, media melaporkan seorang ahli perniagaan patah tangan kiri, selain mengalami kecederaan lain akibat ditetak menggunakan parang oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Jalan Raja Uda dekat sini.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok