‘Stok sifar’ bagi bekalan, peralatan perubatan penting di Gaza – WHO

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin memberi amaran bahawa kebanyakan bekalan perubatan di Gaza telah habis dan hampir separuh daripada ubat penting termasuk ubat tahan sakit dan antibiotik tidak lagi tersedia sementara 51 trak agensi sedang menunggu kelulusan untuk memasuki wilayah itu.

Menurut Pengarah Kecemasan Serantau WHO untuk Mediterranean Timur, Dr. Ahmed Zouiten menyatakan sebanyak 43 peratus ubat penting kini berada pada tahap stok sifar, selain 64 peratus bekalan perubatan dan 42 peratus vaksin ketika taklimat media Persatuan Wartawan Bertauliah di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ACANU) di Geneva.

Menurut WHO, pesakit yang menghidap penyakit kronik dan yang mengancam nyawa termasuk kegagalan buah pinggang, kanser, gangguan darah dan penyakit kardiovaskular adalah antara yang paling terjejas.

Pengarah Serantau WHO untuk Mediterranean Timur, Dr. Hanan Balkhy, mengesahkan sekatan berterusan terhadap bahan-bahan yang menyelamatkan nyawa. 

 “Tiada trak WHO yang telah berjaya masuk ke Gaza setakat ini. Lima puluh satu trak WHO berada di Arish dan Tebing Barat sedang menunggu kelulusan untuk masuk

”Bayangkan seorang pakar bedah perlu merawat tulang yang patah dengan peralatan yang sangat minimum tanpa ubat bius, tanpa bahan pembasmi kuman, tanpa kemudahan untuk mensterilkan peralatan.

”Anda perlukan cecair IV, kanula, jarum, dan kain balut. Itu hanyalah keperluan asas. Semua ini tidak wujud dalam kuantiti dan jumlah yang mencukupi,” katanya, lapor Anadolu.

Beliau turut memberi amaran mengenai kesan terhadap pesakit yang menghidap penyakit kronik.

“Walaupun dalam masa konflik dan peperangan, masih ada pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit mental yang memerlukan rawatan.

“Semua jenis ubat asas, mereka sedang berjuang untuk mendapatkan keperluan paling asas,” tambahnya.

Tentera Israel terus menolak gesaan antarabangsa untuk gencatan senjata dan melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza sejak Oktober 2023 yang mengorbankan hampir 54,000 rakyat Palestin di mana kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.








Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon UMNO pasti kalah jangan lagi ‘ditunggang’ pada PRU16

Calon UMNO pasti kalah jangan lagi ‘ditunggang’ pada PRU16

Jangan jadi Tuhan tentukan syurga, neraka – Sheikh Wazir

Jangan jadi Tuhan tentukan syurga, neraka – Sheikh Wazir

Keterbukaan UMNO beri kerjasama SPRM langkah tepat – Noh Omar

Keterbukaan UMNO beri kerjasama SPRM langkah tepat – Noh Omar

Selepas PRU16, UMNO tidak perlu lagi terikat dengan mana-mana parti politik

Selepas PRU16, UMNO tidak perlu lagi terikat dengan mana-mana parti politik

Wanita UMNO perlu bantu raih semula kepercayaan rakyat – Noraini

Wanita UMNO perlu bantu raih semula kepercayaan rakyat – Noraini

Isu Proklamasi Negeri Sembilan, Ahmad Zahid jumpa Ismail Lasim

Isu Proklamasi Negeri Sembilan, Ahmad Zahid jumpa Ismail Lasim