Kastam Pahang patah cubaan seludup bunga ganja melalui KLIA

KUANTAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang menggagalkan cubaan menyeludup bunga ganja bernilai RM1.405 juta ke luar negara selepas menemukan dadah itu di Pusat Mel dan Kurier, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 Mei lalu.

Pengarah JKDM Pahang, Mohd Asri Seman berkata, penemuan dadah itu membabitkan tiga kes hasil pemeriksaan dilakukan di pusat mel berkenaan antara jam 3.10 petang dan 3.30 petang pada tarikh tersebut.

Katanya, bungkusan dadah diisytiharkan sebagai baju dan sarung bantal itu akan dieksport ke luar negara.

“Berdasarkan imbasan dilakukan ke atas bungkusan itu – ia menunjukkan imej menyerupai bahan organik – sebelum pemeriksaan rapi dilakukan.

“Hasilnya, dalam kes pertama, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Temerloh dengan kerjasama Bahagian Perkastaman KLIA menemukan bungkusan diimbas menyerupai bahan organik disyaki bunga ganja seberat 6,200 gram dianggarkan bernilai RM666,400 yang disorok di dalam sarung bantal.

“Kes kedua membabitkan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Bentong iaitu hasil pemeriksaan menemukan 3,200 gram bunga ganja bernilai RM313,600 yang dibungkus dalam baju.

“Kes ketiga membabitkan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Kuantan menemukan dadah jenis bunga ganja sebanyak 4,340 gram bernilai RM425,320 yang dibungkus dalam baju,” katanya.

Mohd Asri berkata demikian pada sidang media di Wisma Kastam Sultan Ahmad Shah, Indera Mahkota, di sini hari ini.

Katanya, modus operandi sindiket terbabit ialah dengan menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran barang untuk menyeludup dadah terbabit dan dieksport ke luar negara.

“Siasatan awal mendapati sindiket terbabit menggunakan syarikat penghantaran barang dalam negara ini iaitu dua dari Terengganu dan satu dari Selangor.

“Siasatan awal juga mendapati dadah terbabit disyaki dibawa masuk dari negara jiran dan satu kilogram bunga ganja dianggarkan bernilai RM98,000 berbanding RM3,000 satu kilogram untuk ganja,” katanya.

Beliau berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak