50 ruang tempat letak kereta baharu di Kg Air 

SANDAKAN – Masalah kekurangan tempat letak kereta di Kampung (Kg) Air kini mendapat penyelesaian sementara apabila sebanyak 50 ruang tempat meletak kereta baharu berjaya disediakan dalam tempoh seminggu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zi berkata, tujuh tapak di kawasan tersebut telah dibersihkan dan diratakan bagi membolehkan penduduk menggunakan kawasan itu sebagai tempat letak kereta.

“Dalam masa seminggu, kita telah berjaya membersihkan dan meratakan tujuh tapak untuk dijadikan tempat letak kereta.

“Kini, sebanyak 50 tempat letak kereta baharu telah tersedia untuk kegunaan penduduk. 

“Saya faham, isu kekurangan tempat letak kereta memang jadi masalah besar di Kg Air. 

“Jumlah kenderaan semakin bertambah, tetapi ruang yang ada semakin terhad,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Menurut George, tindakan segera itu diambil selepas menerima aduan daripada penduduk setempat yang berdepan kesukaran mencari ruang tempat letak kereta.

“Selepas menerima aduan, saya terus arahkan pasukan untuk mencari solusi segera. 

“Buat masa ini, penduduk boleh guna tapak yang telah diratakan ini.

“Namun, ini hanya langkah sementara. Saya berjanji akan usahakan peruntukan untuk menurap tapak ini dengan simen agar lebih selesa dan tahan lama,” tambahnya. 

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penduduk Kg Air atas kesabaran mereka sepanjang proses penambahbaikan dijalankan.

“Saya harap, usaha kecil ini akan memberi kelegaan besar kepada komuniti Kg Air. 

‘Terima kasih kepada semua yang sabar dan terus menyuarakan isu yang penting,” ujarnya.

Related Posts

Belanjawan 2027 perlu fokus lonjak pendapatan peneroka, generasi kedua FELDA

KUANTAN – FELDA yang sekian lama menjadi nadi pembangunan ekonomi luar bandar memerlukan anjakan paradigma baharu bagi memastikan kelangsungan hidup peneroka dan generasi kedua tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya
  • AdenAden
  • October 4, 2026

BATU PAHAT – Tiga pelajar lelaki ditahan setelah disyaki ada kaitan dengan kes seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, dekat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM arah siasatan segera, telus kematian pelajar di Yong Peng

PM arah siasatan segera, telus kematian pelajar di Yong Peng

Belanjawan 2027 perlu fokus lonjak pendapatan peneroka, generasi kedua FELDA

Belanjawan 2027 perlu fokus lonjak pendapatan peneroka, generasi kedua FELDA

Teguk petrol macam minum air, Malaysia diingatkan jangan ulang silap Eropah

Teguk petrol macam minum air, Malaysia diingatkan jangan ulang silap Eropah

Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya

  • By Aden
  • October 4, 2026
Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya

Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Perlawanan persahabatan erat hubungan kerajaan, ketua masyarakat

Perlawanan persahabatan erat hubungan kerajaan, ketua masyarakat