Pemimpin baharu PKR zahir syukur, sedia galas tanggungjawab

JOHOR BAHRU – Pemilihan PKR 2025 menyaksikan beberapa tokoh muda dan berpengaruh dalam parti berjaya mengukuhkan kedudukan masing-masing.

Para pemimpin ini menzahirkan rasa syukur atas kemenangan yang diperoleh serta menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh parti menjelang pilihan raya akan datang.

Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet yang berjaya meletakkan posisi dirinya sebagai anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), menyifatkan kejayaan ini sebagai satu amanah besar buat dirinya.

“Saya sedar ini merupakan satu tanggungjawab yang berat. InsyaAllah saya akan buat sebaik mungkin.

“Saya rasa sekarang ni sedang kena agihkan masa kerana sebelum ini hanya di kawasan sahaja hanya di Selangor sahaja tapi mulai esok saya akan memulakan tugas sebagai MPP, jadi kena tambah skop kerja itu kepada seluruh negara,” katanya kepada The Malaysia Press pada Jumaat.

Majlis Perasmian Kongres Nasional PKR 2025 berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (Persada) Johor, di sini.

Sementara itu, Adam Adli, yang turut terpilih sebagai anggota MPP, menegaskan bahawa kemenangan ini adalah tanggungjawab bersama untuk terus membawa PKR ke hadapan.

“Ini bukan kemenangan peribadi, tetapi kemenangan untuk semua yang mahu melihat masa depan PKR yang lebih kuat dan progresif,” katanya.

Fadhlina Sidek yang memenangi jawatan Ketua Wanita PKR, menyatakan kemenangan ini bukan sekadar kejayaan peribadi, tetapi bukti keyakinan akar umbi terhadap kepimpinannya.

“Saya anggap mandat ini cukup besar dan saya ambil ia sebagai satu amanah. Fokus saya kini ialah mempersiapkan Wanita PKR dan memastikan calon-calon wanita kita terpilih serta menang dalam pilihan raya,” ujarnya penuh semangat.

Pemilihan kali ini dilihat sebagai satu lonjakan generasi dalam kepimpinan parti, menandakan kesediaan PKR untuk terus melangkah ke hadapan dengan semangat pembaharuan.

Related Posts

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PUTERI WANGSA – Keputusan Barisan Nasional (BN) Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal daripada tempoh sepatutnya disifatkan sebagai langkah politik yang tersilap dan tidak berpaksikan kepentingan rakyat. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PENGLIBATAN beberapa tokoh politik dalam kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan didakwa hanya memburukkan lagi keadaan dan berisiko menjejaskan kemuliaan institusi Raja serta Undang di negeri berkenaan. Pemerhati politik, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

Premis dikompaun jual ais bongkah tanpa lesen, aset RM2.1 juta dirampas

Premis dikompaun jual ais bongkah tanpa lesen, aset RM2.1 juta dirampas

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet

Sabah sah tanding 28 sukan SUKMA, giat perhalusi senarai atlet

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan