SG4 gagal tarik pelabur walau hampir 2 tahun dilancarkan – Faiz Fadzil

PROJEK State Government (SG4) Group Sdn Bhd yang diterajui oleh empat negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) dikritik sebagai gagal selepas hampir dua tahun atau 20 bulan dilancarkan.

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil berkata, dakwaan yang mengatakan kerajaan Persekutuan menghalang potensi pelaburan ke negeri-negeri SG4 iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, tidak berasas dan tidak dibuktikan sehingga sekarang.

“Seperti biasa, Pas masih bercakap seperti tin kosong. Ironinya, kerajaan MADANI menerusi agensi persekutuan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) terus membawa masuk pelaburan asing ke dalam semua negeri, termasuk empat negeri pembangkang SG4 ini.

“Jika betul Kerajaan MADANI menghalang, mana mungkin Kedah boleh menjadi negeri penerima pelaburan diluluskan keempat terbesar pada 2024 sebanyak RM45.8 bilion.

“PN cuba menyalahkan pihak lain atas kegagalan sendiri. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa prosedur operasi standard (SOP) perlombongan unsur nadir bumi (REE) sengaja dilewatkan oleh kerajaan Persekutuan dan ini menghalang pelaburan ke dalam SG4.

“Dakwaan ini tidak berasas kerana prosedur operasi standard (SOP) berkenaan telah pun diluluskan oleh Kerajaan MADANI dan telah dimaklumkan kepada negeri-negeri sejak November 2023,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menyangkal dakwaan Sanusi bahawa prosedur operasi standard (SOP) perlombongan unsur nadir bumi (REE) sengaja dilambatkan kerajaan Persekutuan, dan menjelaskan bahawa SOP tersebut telah diluluskan dan dimaklumkan sejak November 2023.

“Mengapa masih tiada pelabur berminat ke sektor REE di negeri SG4 dan menyifatkan ia sebagai kegagalan kepimpinan PN.

“SG4 kini ibarat lampu merah di dada Ultraman yang kian malap dan memerlukan keajaiban untuk bangkit semula,” katanya.

Beliau menggesa PN membuktikan keupayaan sebagai kerajaan menanti dan tidak hanya bermain isu sentimen, sebaliknya perlu membina kekuatan ekonomi seperti mana yang ditunjukkan PH di Selangor dan Pulau Pinang sejak 2008.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah