Lebih 10 barang tersenarai di bawah SHMMP Pesta Kaamatan, Hari Gawai 2025

KOTA KINABALU – Sebanyak 10 jenis barang tersenarai di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan manakala 11 jenis barangan pada Hari Gawai.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali SHMMP Pesta Kaamatan akan mula berkuat kuasa pada 27 Mei hingga 2 Jun manakala Hari Gawai bermula dari 29 Mei hingga 4 Jun depan.

“Pelaksanaan skim ini berlangsung selama tujuh hari iaitu pada hari kemuncak dan tiga hari sebelum serta selepas kemuncak perayaan.

“Tempoh pelaksanaan skim ini adalah ditetapkan mengambil kira kepentingan kedua-dua pihak iaitu pengguna dan komuniti peniaga.

“Pengguna dapat menikmati barangan keperluan pada harga yang berpatutan dan peniaga pula tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama,” katanya dalam sidang media pada Program Jalinan Kasih, Jualan MADANI Rakyat dan Advokasi Kepenggunaan di Dewan Pisompuruan, Kampung (Kg) Kobuni Inanam, pada Jumaat.

Jelasnya, pada tahun ini KPDN telah menambah bilangan barangan kawalan berbanding tahun sebelumnya.

Antara barangan yang tersenarai sempena Pesta Kaamatan iaitu kepak ayam; daging kerbau import (India); cili kering kerinting, bawang merah kecil (India); bawang putih (China); bawang kuning besar import; bawang merah besar import; (babi hidup peringkat ladang); daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).

Sementara itu, 11 barang tersenarai SHMMP Hari Gawai terdiri daripada babi hidup (harga maksimum di peringkat ladang sahaja); daging babi (daging dan lemak); daging babi (perut); ayam tua hidup; kepak ayam; kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing); bawang putih (China); cili kering keriting; kelapa biji; kelapa parut dan santan.

Armizan turut berkata, tindakan tegas akan dikenakan ke atas mana mana peniaga yang gagal mematuhi harga maksimum atau tidak menggunakan label merah jambu untuk barangan terkawal.

“Antara hukumannya, individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 dan syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000 bagi kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga.

“Bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal individ boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 dan syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berkata pegawai penguat kuasa KPDN akan ditempatkan di pasar awam, pasar tani, pasar tamu, serta pusat beli-belah untuk memastikan pematuhan peraturan, selain memberi nasihat serta amaran secara berhemah.

Tambahnya, SHMMP merupakan antara usaha kerajaan bagi menstabilkan harga barangan keperluan dan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, di samping program lain seperti Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) dan Program Servis Ihsan MADANI@Petronas AutoExpert (SIM@PAX) di bawah inisiatif Payung Rahmah.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok