MBSA digesa kesan punca bunyi letupan misteri ganggu warga Shah Alam

BUNYI misteri yang seakan letupan di sekitar Shah Alam kian menghantui penduduk sejak beberapa minggu lalu.

Kerajaan Selangor memandang serius isu bunyi misteri yang masih buntu mencari punca dari mana datangnya bunyi berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata, pihaknya akan mencari punca dari mana datangnya bunyi berkenaan.

“Saya akan minta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) cari punca dan mungkin kita boleh adakan kerjasama lebih rapat dengan polis untuk kenal pasti (punca) bunyi berkenaan, dari mana bunyi itu datang supaya rakyat tidak khuatir.

“Bunyi ini mungkin boleh menjadi fobia atau kacau ganggu kepada rutin harian penduduk justeru kita akan cuba sedaya upaya untuk mengesannya.

“Setakat ini, ia (punca bunyi) masih samar-samar,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tetap KTK Selangor, di Shah Alam, hari ini.

Sementara itu, insiden bunyi letupan misteri ini turut dikongsi di Facebook Shah Alam Resident oleh beberapa individu yang dipercayai penduduk sekitar Shah Alam yang mendengar bunyi berkenaan.

Difahamkan, bunyi berkenaan didengar di sekitar pusat bandar Shah Alam serta beberapa lokasi lain termasuk Denai Alam, TTDI Jaya serta Setia Alam.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk berhubung dengan balai polis berhampiran.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017