Masalah air, elektrik, jalan raya tidak boleh selesai dengan air liur – Armizan

KOTA KINABALU – Masalah air, elektrik dan jalan raya ini tak boleh selesai dengan air liur, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali.

“Masalah air elektrik jalan raya ini tak boleh selesai dengan air liur saya tuan-tuan dan puan-puan.

“Tak boleh selesai dengan air liur YB Peto. Tak boleh selesai dengan air liur mantan-mantan Ketua Menteri yang bercakap, berucap sana-sini habis pentas dia jalan keliling sana semua dia ukur. Tak boleh selesai,” katanya.

Beliau berucap demikian semasa Program Sentuhan Kasih, Jualan MADANI Rakyat dan Advokasi Kepenggunaan di Dewan Pisompuruan, Kampung (Kg) Kobuni Inanam di sini pada Jumaat.

Jelasnya, masalah tersebut boleh diselesaikan dengan pertambahan hasil negeri yang boleh membawa manfaat kepada rakyat khususnya.

“Masalah ini boleh selesai dengan apa? Dengan hasil negeri yang bertambah supaya kita boleh belanja peruntukan selesaikan masalah rakyat.

“Itu yang penting. Tiada peruntukan, tiada hasil, jangan cerita,” katanya.

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, masalah yang dihadapi rakyat juga tidak akan selesai dengan hanya ucapan retorik semata-mata.

Jelasnya, kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat Persekutuan dan Datuk Seri Hajiji Noor bagi peringkat negeri berjaya membuktikan peningkatan hasil kerajaan yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat.

“Siapa juga yang dipilih, takkan dapat selesaikan masalah kalau hanya berucap retorik saja.

“Kepimpinan hari ini, Datuk Seri Hajiji Noor di negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat Persekutuan sudah buktikan bahawa mereka berjaya tingkatkan hasil kerajaan dan manfaat itu dapat dikembalikan kepada rakyat.

“Bukan retorik, tapi kita tunjukkan dengan angka-angka yang diperakui. 

“Insya-Allah kita tidak janji bahawa semua boleh selesai sekelip mata. Kita tiada ‘lampu ajaib’ yang boleh selesaikan. 

“Tapi ‘work in progress, walk the talk”, itu yang penting.

“Kita akan gambarkan, tunjukkan kepada rakyat di Sabah ini khususnya apa kerja-kerja yang kita sudah buat, apa ‘work in progress’ yang sedang kita laksanakan untuk kepentingan semua,” ujarnya.

Related Posts

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

KUALA LUMPUR — Tabung Haji (TH) kekal kukuh dengan jumlah aset RM98.58 bilion berbanding liabiliti RM95.63 bilion, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk Kerajaan Persekutuan mengambil langkah konkrit dan holistik yang boleh dilaksanakan menerusi Belanjawan 2027 bagi menangani penghijrahan doktor daripada sistem kesihatan awam yang semakin membimbangkan. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Jangan politikkan isu sekolah selamat

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Projek ‘sakit’ PUSPEN Karak siap lepas ditegur PM

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Lebih 130,000 penagih dadah direkod hingga Jun

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong