Fahmi raih kemenangan besar sebagai MPP PKR

JOHOR BAHRU – Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil menang bergaya apabila mencatatkan undian tertinggi bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Menteri Komunikasi itu meraih sokongan sehingga 4,811 undi sekaligus menyaksikan kedudukan teratas dalam kalangan 20 ahli MPP yang lain.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menyifatkan kemenangan itu sebagai satu amanah besar yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

“Sudah pasti saya amat menghargai sokongan diberikan para perwakilan serta yang rakan-rakan yang menaruh kepercayaan tinggi. Saya menginsafi bahawa tugas yang berat menanti bukan untuk diri saya seorang, tetapi seluruh pasukan dalam melakukan persiapan untuk PKR menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

“Saya terkejut dengan kemenangan besar ini. Sejujurnya tak percaya, tapi bersyukur. Ini adalah amanah besar dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan apa yang dihasratkan para perwakilan serta anggota dapat dicapai,” katanya ketika ditemui.

Terdahulu, keputusan penuh pemilihan PKR itu diumumkan secara rasmi oleh Setiausaha Agungnya, Dr Fuziah Salleh pada acara Perasmian Kongres Nasional PKR 2024/2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor di sini, sebentar tadi.

Tambah Fahmi, selepas tempoh kemenangan ini, beliau dan pasukannya tidak akan menunggu lama untuk memulakan gerak kerja menyantuni akar umbi di peringkat cabang seperti yang diamanahkan oleh Presiden PKR sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Related Posts

PKR Sarawak sifatkan tindakan Rafizi kosongkan kerusi Pandan khianati mandat rakyat

KUCHING – Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak mengecam tindakan bekas Timbalan Presiden, Rafizi Ramli yang mengosongkan kerusi Parlimen Pandan kerana disifatkan mengkhianati mandat rakyat demi kepentingan politik peribadi. Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Parti baharu Rafizi dilihat berisiko ulangi kegagalan lama — Ahmad Nazri

KEMAMAN— Penubuhan parti baharu yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden, Rafizi Ramli dilihat tidak menawarkan penyelesaian baharu kepada landskap politik negara, sebaliknya berpotensi mengulangi pola lama yang pernah mencetuskan ketidakstabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

  • By Ynom
  • May 20, 2026
Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

PKR Sarawak sifatkan tindakan Rafizi kosongkan kerusi Pandan khianati mandat rakyat

PKR Sarawak sifatkan tindakan Rafizi kosongkan kerusi Pandan khianati mandat rakyat

Kapal tunda, dua tongkang ditahan langgar Ordinan Perkapalan Saudagar

Kapal tunda, dua tongkang ditahan langgar Ordinan Perkapalan Saudagar