Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

KUCHING – Sarawak terus melangkah ke hadapan dalam arus pendigitalan apabila Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa teknologi digital kini menjadi pemacu utama dalam memperkasa masyarakat luar bandar sekali gus memperluas akses kepada ilmu pengetahuan.

Menurut beliau, pendekatan digital bukan sahaja membuka ruang pembelajaran kepada masyarakat pedalaman, malah menjadikannya lebih menyeronokkan dan mudah difahami, terutamanya di kawasan yang masih berdepan cabaran celik huruf.

“Di lokasi yang tiada bahan bacaan, kita boleh perkenal kaedah pembelajaran digital menerusi pusat aktiviti hujung minggu bersama ketua kampung. Ia berfungsi seperti Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), yang menjadi tempat penduduk berkumpul dan berinteraksi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Jubli Perak Pustaka Negeri Sarawak sempena ulang tahun ke-20 penubuhannya di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu.

Abang Johari berkata, pendekatan pembelajaran perlu ditambah baik agar lebih interaktif dan kreatif supaya tidak membosankan, seterusnya mampu menarik minat masyarakat luar bandar untuk terus meneroka ilmu menerusi platform digital.

Beliau turut memuji kejayaan program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang menggunakan aplikasi e-dompet S Pay Global sebagai bukti bahawa warga emas juga boleh menyesuaikan diri dengan teknologi untuk menikmati akses kepada kandungan sastera rakyat, puisi dan hiburan berunsur pendidikan.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari turut memaklumkan pembinaan Bangunan Arkib Negeri Sarawak sedang giat dijalankan sebagai langkah strategik kerajaan negeri dalam memelihara khazanah sejarah negeri untuk tatapan generasi akan datang.

“Arkib ini bakal menjadi antara yang paling canggih di rantau ini, lengkap dengan kemudahan menyimpan dokumen secara fizikal dan digital termasuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” jelasnya.

Tambah beliau, beberapa dokumen penting juga telah berjaya diperoleh daripada Historical Archives dan Museum of London, dan akan disimpan secara kekal di Arkib Negeri Sarawak sebagai sebahagian daripada usaha mendokumentasikan sejarah negeri.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

KUANTAN – Tiga projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) di bawah Kementerian Ekonomi akan dilaksanakan di kawasan Tanjung Lumpur dekat sini untuk kemudahan warga petani di situ. Ketua Cabang PKR Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

KOTA KINABALU – Kerajaan berhasrat memperkenalkan dan menguji teknologi ‘direct to device’ daripada satelit terus ke telefon bimbit dalam pelaksanaan Program JENDELA Fasa Dua bagi memperluas liputan komunikasi khususnya di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

  • By Ithma
  • August 10, 2026
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini