Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan saman terhadap pemandu yang meletakkan kenderaan di bahu jalan sehingga menghalang aliran trafik di laluan bertingkat Aeropod termasuk di Pantai Tanjung Aru.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, meletakkan kenderaan kereta di bahu jalan merupakkan satu kesalahan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Sebenarnya mereka tidak dibenarkan berhenti di tepi jalan untuk ‘healing’, kereta-kereta yang berehat di sanalah yang menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Kita tidak benarkan dan tindakan akan ambil selepas ini. Tiada lagi pengusiran dan tindakan saman akan dilakukan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini pada Rabu.

Tambah Kassim, ini termasuk dengan para pengunjung di Pantai Tanjung Aru untuk melihat matahari terbenam.

“Kita nasihatkan supaya mereka tidak letak kenderaan di tepi-tepi jalan atau di kawasan bulatan tu kerana ia akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Kita minta mereka meletakkan kenderaan di kawasan yang disediakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ataupun pihak yang menguruskan tempat letak kereta di pantai tersebut,” tambahnya.

Katanya lagi, polis akan menempatkan anggota-anggota Polis Trafik di dua kawasan tersebut terutama pada hujung minggu dan cuti umum bagi mengelak berlaku kesesakan lalu lintas.

Related Posts

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

MUKAH – Projek Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah yang menghubungkan kawasan di antara Sungai Penakub dengan Sungai Tellian kini berjalan lancar, sekali gus dijangka bakal memberikan manfaat sosioekonomi jangka panjang kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

KUANTAN – Polis menahan tujuh pelajar sebuah sekolah agama di Rompin, kerana disyaki terbabit dalam dua kejadian buli, bulan ini. Mangsa terdiri daripada tiga pelajar berusia 14 tahun yang belajar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai