Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

SANDAKAN – Seekor buaya seberat kira-kira 16 kilogram (kg) yang ditemukan terlilit tali di bawah jambatan belakang sebuah rumah di Kampung (Kg) Tinusa, di sini berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan awal pagi Khamis.

Menurut kenyataan APM Sandakan, kejadian itu dilaporkan sekitar pukul 1.28 pagi apabila Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) Sabah menerima panggilan kecemasan daripada seorang penduduk kampung.

“Penduduk berkenaan yang sedang mengemas bot di belakang rumahnya terlihat seekor buaya berada di bawah jambatan dalam keadaan terlilit tali lalu segera menghubungi talian Malaysia Emergency Response Services 999 (MERS 999) kerana bimbang keselamatan diri dan penduduk sekitar.

“Susulan laporan itu, seorang pegawai bersama tujuh anggota APM Sandakan telah digerakkan ke lokasi kejadian menggunakan dua buah jentera.

“Setibanya di lokasi, pasukan APM mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk menjalankan operasi menangkap buaya berkenaan yang dianggarkan sepanjang 1.5 meter,” kata kenyataan itu.

Dalam operasi itu, pasukan menggunakan peralatan seperti tali, dua penjerut dan selimut bagi menutup mata buaya tersebut sebelum mengikatnya.

“Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan dilaporkan sepanjang operasi dijalankan.

“Buaya tersebut kemudiannya akan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) untuk tindakan lanjut,” tambah kenyataan tersebut.

Related Posts

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

LONG LAMA – Baram dilihat mempunyai potensi besar untuk diangkat sebagai destinasi pelancongan budaya utama di Bumi Kenyalang, didorong oleh kekayaan warisan tradisi, kepelbagaian etnik serta keindahan alam semula jadinya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

KUCHING – Pelaksanaan kod baharu menerusi Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) mendapat sokongan jitu daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam usaha membendung kanak-kanak daripada terus terdedah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Retorik “Bela Rakyat” Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

Retorik “Bela Rakyat” Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan

Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan