Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

KUANTAN – Kerja naik taraf paip lama di Taman Tas, dekat sini, akan dimulakan selewat-lewatnya awal tahun depan.

Proses tender bagi kerja berkaitan bakal dikeluarkan bulan Ogos ini.

Perkara itu dimaklumkan ahli parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah ketika sesi taklimat projek terbabit bersama penduduk setempat di Dewan Taman Tas, petang semalam.

“Projek naik taraf ini dijangka mengambil masa antara 12 hingga 18 bulan untuk disiapkan.

“Jadi, kita ambil langkah awal dengan mengadakan sesi taklimat bersama pimpinan setempat supaya apabila projek ini bermula, semuanya dapat berjalan dengan lancar,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Hadir dalam sesi taklimat berkenaan adalah wakil Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), ahli majlis Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan pemimpin Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sekitar Taman Tas.

Taman perumahan itu yang mula didiami penduduk sekitar tahun 1981, adalah antara projek diberi keutamaan oleh PAIP dan PAAB.

“Ini kerana usia paip di kawasan Taman Tas sudah hampir 40 tahun, jadi memang perlu ditukar atau dinaik taraf.

“Sebelum ini pun, memang banyak aduan berkaitan paip bocor dan masalah tekanan air rendah diterima pihak PAIP.

“Jadi, apabila kerja naik taraf ini selesai, Insya-Allah… masalah itu dapat diselesaikan,” kata Mohd Shahar lagi.

Kerja naik taraf membabitkan penukaran paip lama sepanjang 12 kilometer itu membabitkan peruntukan RM6 juta.

Usaha bagi mendapatkan peruntukan berkenaan adalah hasil inisiatif Mohd Shahar dan Datuk Zaili Besar yang juga bekas ADUN Panching.

Wakil PAIP ketika sesi taklimat itu turut meminta pimpinan setempat dapat berkongsi maklumat berkaitan kerja naik taraf terbabit kepada penduduk.

“Kerja naik taraf ini mengambil masa, jadi kita harap penduduk dapat bersabar.

“Akan ada laluan yang perlu dikorek dan ditutup, tapi kita akan cuba mengurangkan kesan atau gangguan kepada penduduk di sini sepanjang tempoh kerja naik taraf dilaksanakan,” katanya.

Related Posts

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

SEMPORNA – Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat kesalahan menceroboh dan mencabul seorang wanita warganegara China di sebuah pusat peranginan di Jalan Kamiri, pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

MUKAH – Seorang pekerja warganegara Indonesia dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari sebuah tongkang ke dalam sungai berhampiran kawasan pembinaan Jambatan Igan pada petang Sabtu. Mangsa yang dikenali sebagai Saiful…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan Exco

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan Exco