Tujuh sekeluarga selamat, kediaman 40 peratus terbakar

KUANTAN – Suara jeritan anak menyelamatkan tujuh sekeluarga daripada terperangkap dalam rumah mereka yang terbakar di Taman PSJ, Sungai Karang di sini, tengah malam tadi.

Disebabkan jeritan itu, Uzair Md Lateh, 41, yang berada dalam bilik di tingkat atas, bergegas turun sebelum menyedari ruang bawah rumah dipenuhi asap.

Juruteknik di sebuah syarikat di Gebeng itu segera meminta isteri dan anak-anak menyelamatkan diri selepas ternampak api dari salah sebuah bilik di tingkat bawah.

“Alhamdulillah, kebakaran disedari dengan cepat, jadi semua ahli keluarga sempat keluar menyelamatkan diri.

“Bagaimanapun, dalam keadaan kelam-kabut itu, anak sulung saya, Ainul Mardhiah, 15, melecur di bahagian jari, mungkin kerana terkena api ketika cuba menyelamatkan beg sekolahnya.

“Anak bongsu, Daniel Abid, 5, cedera di pergelangan tangan tetapi saya tidak pasti bagaimana dia boleh tercedera,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, hari ini.

Uzair berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika mereka sekeluarga baru hendak tidur.

“Anak-anak tidur di bilik bawah, dan saya berada di tingkat atas.

“Baru nak rebahkan badan, tiba-tiba terdengar jeritan anak. Syukur, kebakaran disedari awal dan semua selamat,” katanya yang menetap di rumah itu sejak 2018.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.33 malam.

Menurutnya, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng dan Indera Mahkota bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi bagi membantu memadam kebakaran.

“Operasi pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula pam air tangki jentera sehingga kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.56 malam, manakala operasi ditamatkan kira-kira setengah jam kemudian,” katanya.

Related Posts

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

TELUPID – Empat individu maut selepas kereta Proton Saga BLM yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori Isuzu di hadapan Kedai Makan Rosalinda, Kampung (Kg) Gambaron, di sini pada Rabu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mendakwa beliau menandatangani Surat Cara Proklamasi yang tular baru-baru ini dalam keadaan terpaksa. Beliau berkata, laporan polis telah dibuat kira-kira jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis