PM lancar ‘RIBAT’, HMLTV pertama keluaran negara

LANGKAWI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melakar sejarah melancarkan “RIBAT”, kenderaan taktikal ringan mobiliti tinggi (HMLTV) pertama yang direka bentuk dan dibina sepenuhnya oleh syarikat tempatan Mildef International Technologies Sdn Bhd (MILDEF).

Pelancaran tersebut bersempena acara Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Lebih menarik, RIBAT dinamakan sendiri oleh Perdana Menteri yang membawa nilai simbolik tinggi, serta merujuk kepada semangat berkawal mempertahankan tanah air yang berteraskan iman, patriotisme dan teknologi.

RIBAT merujuk kepada amalan menjaga dan mengawal di persempadanan untuk mempertahankan keselamatan umat. Ia melambangkan kesiapsiagaan, keberanian, dan semangat pengorbanan demi tanah air.

Pada majlis itu, Anwar menyaksikan majlis mendatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MILDEF dengan syarikat pertahanan utama Indonesia PT PINDAD dan kerjasama tersebut membuka peluang eksport, pemindahan teknologi serta integrasi sistem antara kedua-dua negara serantau.

Perdana Menteri turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) antara MILDEF dengan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), iaitu sebuah agensi penyelidikan utama di bawah Kementerian Pertahanan.

MoA itu bagi memfokuskan usaha kepada pembangunan dua lagi platform kenderaan taktikal yang akan direka bentuk sepenuhnya dalam negara.

Pada pemeteraian perjanjian tersebut, MILDEF diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa manakala PT PINDAD diwakili Sigit Puji Santosa, sementara STRIDE diwakili Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Lokman Hakim Ali.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Panglima Angkatan Tentera Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar, turut menyaksikan majlis mendatangani perjanjian berkenaan.

Sementara itu, MILDEF dalam kenyataan memaklumkan pelancaran tersebut mengesahkan kedudukan syarikat itu sebagai peneraju industri pertahanan darat negara, sekali gus menjadikannya sebagai pengeluar pertama kenderaan perisai taktikal nasional yang berjaya menembusi pasaran serantau dan antarabangsa.

MILDEF memaklumkan bahawa RIBAT dibangunkan jurutera tempatan dengan sokongan kemudahan kejuruteraan bertaraf industri di Seremban serta Sepang dan ia dilengkapi sistem perlindungan balistik modular dan direka untuk misi seperti rondaan, konvoi dan operasi khas.

Pengarah Urusan MILDEF, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa berkata, pelancaran RIBAT bukan sahaja mencerminkan keupayaan industri tempatan, malah menjadi manifestasi kejayaan dasar kerajaan dalam memperkasakan ekosistem pertahanan yang berdikari dan berimpak tinggi.

“RIBAT merupakan hasil inovasi tempatan yang membuktikan bahawa Malaysia bukan sahaja mampu menjadi pengguna sistem pertahanan, tetapi pencipta teknologi strategik yang diyakini kerajaan dan komuniti global,” katanya.

Sejak penubuhannya pada 2005, MILDEF berkembang daripada sekumpulan jurutera muda menjadi pemain utama industri pertahanan nasional, dengan kejayaan membina pelbagai aset seperti kenderaan berperisai mobiliti tinggi (HMAV) Tarantula, Rentaka 4×4 dan kini HMLTV RIBAT.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia