Warga FELDA perlu seiring Kerajaan MADANI demi kebaikan – Hisamuddin

TAWAU – Warga peneroka dan generasi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) perlu seiring dengan Kerajaan MADANI demi manfaat komuniti terbabit.

Penyelaras Seranta FELDA (Komuniti), Datuk Hisamuddin Sujak berkata, Kerajaan MADANI komited dan akan berusaha sedaya upaya untuk membantu rakyat khususnya warga FELDA.

“Apabila anda (peneroka dan generasi) berpisah daripada kerajaan, anda akan mengalami kerugian yang cukup besar.

“Jika anda berpisah dari kerajaan, anda ditinggalkan oleh pihak-pihak yang berkaitan kerajaan, bagaimana dengan nasib anda kerana yang memasarkan sawit kita ke luar negara adalah kerajaan,” katanya kepada media selepas merasmikan Mini Karnival MADANI sempena Hari Peneroka FELDA 2025 di FELDA Umas, pada Sabtu.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy dan Pengarah Besar FELDA, Datuk Dr Suzana Idayu Wati Osman.

Terdahulu semasa berucap, Hisamuddin berkata, Kerajaan Perpaduan terus membantu warga FELDA antaranya pemberian RM100,000.00 melalui Dana Sejati MADANI yang telah diberikan kepada 317 tanah rancangan FELDA.

Kerajaan turut memberikan subsidi diesel bagi operasi penjanaan tenaga dan rawatan air sebanyak RM35.7 juta setiap tahun.

“Tiada kerajaan yang sempurna tetapi Kerajaan di dalam keterbatasan yang ada akan tetap mendokong rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, Suryady turut menyambut baik inisiatif mini karnival itu yang turut dilihat menjadi kesinambungan dari Program MADANI Rakyat baru-baru ini di bandar Tawau sekali gus memberi impak kepada masyarakat FELDA.

Katanya, program ini dapat memberi peluang kepada warga FELDA ini melihat sendiri apa yang dikecapi oleh FELDA, mendapatkan perkhidmatan dari reruai agensi selain menyuarakan sebarang penambahbaikan untuk FELDA Umas.

“Saya percaya peneroka-peneroka ini berada di landasan terbaik dan beberapa perkara juga (isu berbangkit) sering disuarakan dan saya percaya ia diberi perhatian pengurusan FELDA,” katanya.

  • Related Posts

    Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

    BILA bercakap tentang RCI Tabung Haji, jangan kita berhenti pada alasan bahawa PwC dan Jabatan Audit Negara menggunakan metodologi perakaunan berbeza. Itu bukan persoalan utama. Persoalan sebenarnya ialah, jika kaedahnya…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

    SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

    Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

    10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

    10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

    Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

    Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

    Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

    Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

    Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

    Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

    Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

    Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk