Penambahan ambulans, mesin x-ray beri manfaat lebih 14,000 penduduk Merotai

TAWAU – Penambahan perkhidmatan kenderaan ambulans dan sebuah mesin x-ray di Klinik Kesihatan Merotai Besar bakal memberikan manfaat kepada lebih 14,000 penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai. 

Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Tan Sri Liew Yun Fah berkata, keperluan kedua-dua kemudahan itu sudah mendapat perhatian Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai usaha memastikan ia direalisasikan dalam tempoh terdekat.

Katanya, kemudahan-kemudahan itu diharap dapat membantu penduduk Merotai serta kawasan sekitar untuk mendapatkan rawatan serta perkhidmatan kesihatan yang selesa sekali gus berhampiran kawasan kediaman mereka.

“Kita mendapat maklumat lebih 200 pesakit menerima rawatan setiap hari sehingga ada waktu kawasan Klinik Kesihatan Merotai Besar ini sesak akibat kehadiran pesakit.

“Jarak kawasan Hospital Besar Tawau agak jauh dari Merotai, jadi penambahan ambulan sangat diperlukan agar pihak Klinik Kesihatan dapat menghantar pesakit untuk menerima rawatan susulan,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan di Klinik Kesihatan Merotai Besar, pada Jumaat. 

Menurut Liew, perkhidmatan mesin x-ray juga akan memberikan rawatan saringan untuk kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas serta mereka yang memerlukan bantuan. 

“Kita yakin Kementerian Kesihatan di bawah Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dari semasa ke semasa akan memperbaiki pemberian insentif yang berkait rapat dengan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. 

“Kita telah memperoleh peruntukan untuk penambahan kemudahan itu dan terima kasih atas keprihatinan mereka (KKM) menyelesaikan masalah rakyat DUN Merotai,” ujarnya.

Related Posts

Premier Sarawak rakam penghargaan kerajaan MADANI setuju kongsi kuasa bidang pelancongan

KUCHING – Kerajaan MADANI terus mempamerkan komitmen kukuh dalam menyelesaikan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) apabila bersetuju untuk menentukan satu formula khusus bagi perkongsian hasil antara kerajaan Persekutuan dengan Sarawak.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seni instalasi jadi medium perkasa mesej kelestarian alam sekitar

KOTA KINABALU – Seni instalasi dilihat mampu memainkan peranan penting dalam membentuk identiti sesebuah bandar, selain menjadi medium berkesan untuk mendekatkan masyarakat dengan mesej berkaitan kelestarian alam sekitar. Pengerus Installation…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX