POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

SEPUPOK – Program Outreach Santuni Komuniti (POSKOM) yang berlangsung di Dewan Masyarakat Sepupok hari ini menerima sambutan hangat daripada warga emas sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu.

Program anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri itu memberi tumpuan kepada pendaftaran Kenyalang Gold Card (KGC), kad khas yang menawarkan pelbagai kemudahan dan keistimewaan untuk golongan warga emas di Sarawak.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus berkata sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan mencerminkan kesedaran tinggi masyarakat terhadap manfaat yang disediakan oleh kerajaan Sarawak.

“Penganjuran program ini berjaya hasil kerjasama erat Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), selain peranan media yang efektif dalam menyalurkan maklumat kepada penduduk,” katanya ketika ditemui oleh pihak media pada program berkenaan.

Rosey memaklumkan program itu akan diteruskan sehingga esok, 16 Mei, dan menggalakkan lebih ramai penduduk hadir untuk mendapatkan maklumat serta bantuan yang ditawarkan pelbagai agensi kerajaan.

“Inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat secara langsung kepada penerima, malah turut memperkukuh hubungan antara kerajaan dan komuniti setempat, khususnya di kawasan Subis dan Niah,” ujarnya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua petugas yang menjayakan program berkenaan, sambil menyifatkan sambutan yang diterima sebagai bukti bahawa warga emas amat menghargai usaha seumpama ini.

Mengulas lanjut, Rosey menjelaskan Kenyalang Gold Card bukan sekadar penghargaan kepada warga emas, malah menawarkan pelbagai keistimewaan seperti diskaun pembelian dan pengecualian bayaran untuk beberapa perkhidmatan, hasil kerjasama strategik sektor awam dan swasta.

“Sejak 2024, jumlah rakan strategik dan faedah yang ditawarkan terus meningkat, menjadikan KGC antara inisiatif paling bernilai untuk golongan warga emas di Sarawak,” katanya.

Related Posts

Jasa penderma darah terus dihargai

SANDAKAN: Jasa penderma darah sukarela serta komitmen pelbagai agensi, pertubuhan dan syarikat dalam memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk keperluan pesakit terus dihargai menerusi Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

SIBU – Golongan pelajar disaran memainkan peranan lebih aktif sebagai ejen perubahan dengan memperkukuh pengetahuan mengenai dasar dan hala tuju pembangunan Sarawak bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jasa penderma darah terus dihargai

Jasa penderma darah terus dihargai

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

Komuniti Kampung Teh pelajari pembuatan sabun mesra alam

Komuniti Kampung Teh pelajari pembuatan sabun mesra alam

Sabah perhebat promosi pelancongan berimpak tinggi tarik pelawat antarabangsa

Sabah perhebat promosi pelancongan berimpak tinggi tarik pelawat antarabangsa