Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

BAU – Pesta Tasik Biru 2025 yang berlangsung dari 15 hingga 25 Mei bukan sekadar acara tahunan, malah menjadi simbol pembangunan pesat dan warisan bersejarah daerah Bau yang kini menjangkau usia 205 tahun.

Bertempat di lokasi ikonik Tasik Biru, acara selama 11 hari itu bukan sahaja menghidangkan pelbagai aktiviti menarik malah menyaksikan pelancaran rasmi Bandar Peranginan Tasik Biru oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan keyakinan Bau bakal muncul sebagai salah satu destinasi geopelancongan utama negara, selaras dengan usaha mendapatkan pengiktirafan UNESCO Global Geopark menerusi Sarawak Delta Geopark pada tahun hadapan.

“Bau merupakan sebahagian daripada Sarawak Delta Geopark. Kita sedang giat membuat persediaan bagi penilaian pihak UNESCO bulan depan, dan saya yakin Bau akan diletakkan di peta dunia bersama Kuching, Padawan dan Siburan,” katanya ketika merasmikan sambutan ulang tahun ke-205 Daerah Bau, Festival Tasik Biru dan Bandar Peranginan Tasik Biru pada Khamis.

Pesta Tasik Biru menampilkan pelbagai acara seperti Regata Jong, Bazar Gawai, persembahan pentas, pertandingan gusti lengan, pameran kenderaan 4×4, berjalan kaki komuniti serta pertandingan ratu cantik Miss dan Mrs Tasik Biru. Gerai makanan, kraftangan dan produk tempatan turut menjadi tarikan pengunjung siang dan malam.

Abang Johari turut menekankan kepentingan pembangunan modal insan dalam menjamin kemajuan berterusan daerah ini.

“Kita mahu memperkasa generasi muda Bau khususnya dalam aspek pendidikan dan pengetahuan. Dari situ, kita boleh lahirkan aktiviti ekonomi baharu yang berasaskan ilmu dan menjana pendapatan, sekali gus membina ekonomi yang mampan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyatakan keyakinan Sarawak akan terus menonjol dalam ekonomi baharu, terutamanya sebagai pemain utama tenaga boleh diperbaharui di rantau ASEAN.

“Saya yakin Sarawak akan muncul sebagai peneraju dalam sektor tenaga boleh diperbaharui di peringkat ASEAN,” tegasnya.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah; Timbalan Menteri Pengangkutan (Maritim dan Sungai) merangkap ADUN Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep; Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin; ADUN Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang; ADUN Serembu, Miro Simuh; ADUN Opar, Billy Sujang; Pegawai Daerah Bau, Eddy Nayoi serta Pengarah Urusan Tecktonic & Sons Holdings Sdn Bhd, Lee Chin Teck.

Dengan suasana penuh warna-warni dan irama muzik bergema di tepian tasik, Pesta Tasik Biru 2025 bukan sahaja mengimbau sejarah Bau sebagai bekas kawasan perlombongan emas sejak 1820-an malah mencerminkan hala tuju baharu daerah ini sebagai destinasi pelancongan dan ekonomi masa depan Sarawak.

Related Posts

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada masa hadapan disaran agar diraikan secara bergilir-gilir di setiap negeri di seluruh negara bagi memupuk semangat perpaduan nasional yang lebih utuh. Yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

KUCHING – Sarawak di bawah kepemimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmen menerusi pendekatan “cakap serupa bikin” dalam merancakkan pembangunan negeri berlandaskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.  Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz