PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

LAHAD DATU – Parti Bersatu Sabah (PBS) mengekalkan pendirian bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bergerak solo sekiranya tidak berlaku sebarang rundingan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Pemangku Presidennya, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, setakat ini PBS sentiasa berada di belakang GRS.

“Tiada jalan lain untuk kita kecuali bersama GRS dan seperti mana kata Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, kami sedia bergerak solo jika tiada rundingan di pihak itu.

“Saya masih GRS dan saya juga sentiasa terbuka kepada idea untuk bekerjasama dengan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS),” katanya kepada media selepas merasmikan Angkat sumpah dan penyampaian watikah Ahli-ahli Majlis Daerah (AMD) Lahad Datu Sesi 2025-2027 di Majlis Daerah Lahad Datu, pada Khamis.

Joachim juga komited bahawa PBS dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akan terus bekerja demi perpaduan dan kemajuan Sabah.

Related Posts

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

KUCHING – Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak secara terbuka menjangkakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bakal memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dengan majoriti dua pertiga. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bandar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bapa kandung ditahan, dera fizikal dan ganggu seksual dua anak

KAMPAR – Seorang lelaki berusia 51 tahun ditahan polis selepas disyaki melakukan penderaan fizikal serta gangguan seksual terhadap dua anak kandungnya di sebuah rumah kediaman di daerah ini. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah

Bapa kandung ditahan, dera fizikal dan ganggu seksual dua anak

Bapa kandung ditahan, dera fizikal dan ganggu seksual dua anak

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar