Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin mengecam tindakan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kapayan, Cyril Liew, yang bertindak keluar parti. 

Menurutnya, tindakan segelintir pemimpin tempatan yang memilih keluar parti demi mengejar peluang menjadi calon bebas amatlah dikesali.

“Tindakan sedemikian bukan sahaja memalukan, malah memperlihatkan kekurangan komitmen sebenar untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Saya percaya rakyat tidak akan menyokong tindakan oportunis yang hanya didorong oleh kepentingan politik semata-mata,” katanya di sini dalam kenyataan media menerusi hantaran Facebook beliau pada Khamis.

Ini susulan daripada tindakan Cyril meletak jawatan dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) kerana berhasrat untuk bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.

Cyril membuat pengumuman itu dalam program bersama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda, pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Sabah berkata, kini mereka sedang giat membuat persiapan PRN akan datang.

“DAP Sabah komited sepenuhnya dan sedang giat membuat persiapan bagi menghadapi PRN yang akan datang.

“Walaupun PRN semakin hampir, banyak perkara termasuk pemilihan calon masih belum dimuktamadkan dan sedang dibincangkan,” katanya.

Chan turut berkata pemimpin DAP Sabah menekankan tentang pembangunan mapan dan memerlukan parti berkeupayaan dalam memperkasa agenda pembangunan Sabah.

“Apa yang kita perlukan bukan sekadar retorik emosi atau slogan politik, tetapi sebuah parti politik yang benar-benar mampu menyampaikan hasil dan mempunyai keupayaan untuk melaksanakan tugas dengan berkesan.

“Ini memerlukan sebuah parti yang mampu menyelaras dan menggerakkan pelbagai pihak berkepentingan, melaksanakan kuasa serta sumber yang telah diamanahkan oleh Kerajaan Persekutuan dengan berkesan.

“Selain itu, mengekalkan hubungan yang rapat dan konstruktif dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperkasa agenda pembangunan Sabah,” katanya semasa berucap Persidangan Perwakilan bersama tujuh cawangan DAP di Kota Kinabalu dan Penampang, serta DAPSY Putatan pada baru-baru ini.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar