Malaysia sokong hasrat ASEAN bangunkan ‘toolkit’ tangani jenayah siber – Fahmi

MALAYSIA selaku Pengerusi ASEAN ketika ini, komited untuk terus membantu negara-negara anggota membentuk satu garis panduan atau ‘toolkit’ serantau dalam usaha membenteras jenayah digital, termasuk buli siber dan penyebaran ideologi ekstrem.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, inisiatif ini penting memandangkan jenayah siber seperti penipuan dalam talian dan penyebaran ideologi radikal kini menjadi isu sejagat yang bukan hanya terhad kepada Malaysia.

“Kita telah lihat di Malaysia sendiri kesan jenayah scam, buli siber, dan juga pengembangan fahaman ekstremis dalam media sosial. Ini bukan masalah yang hanya berlaku di Malaysia, tetapi turut melanda seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 di ibu negara hari ini.

Fahmi menjelaskan bahawa jurang pembangunan teknologi antara negara-negara ASEAN merupakan faktor utama kerjasama serantau diperlukan bagi memperkukuh perlindungan digital.

“Ada negara dalam ASEAN yang jumlah penduduknya lima juta, ada 35 juta, ada 300 juta. Ada yang fasih berbahasa Inggeris, ada pula yang masih belum memiliki liputan 5G,” katanya.

Tambah beliau lagi, Malaysia sebagai sebagai pengerusi untuk berkongsi pendekatan dalam menangani isu keselamatan digital termasuk pencapaian dalam mengawal platform teknologi antarabangsa.

“Malaysia satu-satunya negara (secara rasmi) ketika ini yang berjaya melesenkan aplikasi seperti Telegram.

“Saya, Pengerusi MCMC telah bertemu dengan pemilik Telegram dua tahun lalu di Dubai… sesuatu yang negara lain masih belum capai,” katanya.

Fahmi juga mengingatkan bahawa syarikat teknologi gergasi atau Big Tech supaya tidak melangkaui undang-undang sesebuah negara.

“You can be Big Tech, but our laws are bigger. Itulah prinsip kita. Dalam perbincangan dengan rakan-rakan ASEAN, mereka juga lihat pendekatan ini membawa manfaat,” jelasnya.

Akhir sekali, Fahmi menekankan bahawa kecemerlangan sesebuah kementerian atau negara tidak boleh hanya bergantung kepada prestasi dalaman.

“Kita tak boleh jadi negara, kerajaan, kementerian atau jabatan yang cemerlang jika hanya lihat ke dalam.

“Kita perlu faham ekosistem keseluruhan dan bersedia bertindak dalam konteks serantau serta global,” tegasnya.

Related Posts

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mengumumkan peletakan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan itu berkuat kuasa 5 petang ini. Beliau berkata, surat peletakan jawatan berkenaan telah diserahkan kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arul Kumar kini Pengerusi DAP Negeri Sembilan

SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J Arul Kumar dilantik sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa hari ini, menggantikan Anthony Loke. Setiausaha Agung DAP itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini

Abdul Karim seru kontinjen Sarawak pertahankan gelaran juara SUKMA

Abdul Karim seru kontinjen Sarawak pertahankan gelaran juara SUKMA

Uniform sekolah NADI Mahir Jahit: ‘Rakyat bantu rakyat’

Uniform sekolah NADI Mahir Jahit: ‘Rakyat bantu rakyat’

Jambatan Sungai Limbang Kedua 90 peratus siap

Jambatan Sungai Limbang Kedua 90 peratus siap

Arul Kumar kini Pengerusi DAP Negeri Sembilan

Arul Kumar kini Pengerusi DAP Negeri Sembilan