JAS Pulau Pinang berjaya tahan 38 kontena berisi ‘e-waste’

BUTTERWORTH – Sebanyak 38 buah kontena yang disyaki mengandungi sisa plastik tercemar dan bahan buangan elektrik serta elektronik (e-waste) telah ditahan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) dalam pemeriksaan bersepadu oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang bersama beberapa agensi penguat kuasa lain.

Pengarah JAS Pulau Pinang, Norazizi Adinan berkata, pemeriksaan itu dijalankan bagi memastikan kontena-kontena yang dibawa masuk ke Malaysia mematuhi peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta obligasi undang-undang antarabangsa.

Menurutnya, pemeriksaan pada Rabu tersebut melibatkan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), SWCorp, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Penang Port Sdn Bhd.

“Hasil pemeriksaan mendapati 38 daripada 39 kontena membawa campuran sisa plastik tercemar seumpama sampah yang dibawa masuk ke negara ini.

“Tindakan notis arahan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada pengimport dan ejen bagi arahan menghantar semula 38 buah kontena tersebut ke negara asal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazizi berkata, ketika ini kesemua 38 buah kontena terbabit ditahan di Terminal NBCT, manakala satu kontena lagi yang mengandungi ‘plastic flake’ dalam keadaan baik diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan susulan.

Beliau menjelaskan bahawa penahanan ini merupakan tindakan terbesar bagi tahun ini oleh JAS Pulau Pinang berkaitan sisa plastik tercemar dan ‘e-waste’ yang dibawa masuk ke negara ini.

“Secara keseluruhan, sebanyak 65 daripada 70 kontena telah diarahkan untuk dihantar pulang ke negara asal sepanjang tahun ini.

“Bagi tahun 2023 dan 2024, rekod menunjukkan hanya tiga kontena telah diperiksa, dan kesemuanya diarahkan dihantar pulang atas pelbagai kesalahan termasuk membawa masuk sisa elektrik dan elektronik serta plastik tercemar,” jelasnya.

Sehubungan itu, Norazizi menegaskan bahawa kerjasama semua pihak adalah amat penting bagi memastikan pengimportan sisa plastik ke Malaysia adalah terkawal, sah di sisi undang-undang, serta tidak menjadi punca kepada pencemaran yang lebih serius.

“JAS sentiasa bersedia bekerjasama dengan JKDM, JPSPN, SWCorp, pihak berkuasa negeri dan tempatan serta pihak berkuasa pelabuhan bagi memperkukuh penguatkuasaan di pintu masuk negara. Usaha ini penting agar Malaysia tidak menjadi negara digelar ‘tong sampah dunia’,” tegasnya.

Related Posts

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

KUANTAN – Polis menahan tujuh pelajar sebuah sekolah agama di Rompin, kerana disyaki terbabit dalam dua kejadian buli, bulan ini. Mangsa terdiri daripada tiga pelajar berusia 14 tahun yang belajar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua wanita ditahan disyaki ejen judi atas talian

SARATOK – Dua wanita tempatan ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian tambah nilai dalam talian dalam dua serbuan berasingan di sekitar pekan Saratok, semalam. Ketua Polis Daerah Saratok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi atas talian

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi atas talian

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan