Sultan Perak perkenan 115 pegawai pendidik sampai khutbah Jumaat sempena Hari Guru

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan membenarkan seramai 115 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Negeri Perak menyampaikan khutbah Jumaat esok, sempena sambutan Hari Guru 2025.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata, baginda turut menitahkan agar khutbah Jumaat esok bertemakan “Guru Rabbani: Membangun Kemuliaan Insan.”

Menurut beliau, senarai 115 pegawai pendidikan tersebut telah diperakukan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak untuk diangkat sembah dan mendapat perkenan Sultan Nazrin sebagai khatib jemputan.

“Inisiatif ini adalah pengiktirafan terhadap peranan penting para pendidik.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan agar mereka menyampaikan khutbah Jumaat pada 16 Mei 2025 di 115 masjid seluruh negeri Perak,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, teks khutbah khas bersempena Hari Guru itu telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan akan dibacakan serentak oleh para guru yang dilantik sebagai khatib jemputan.

Related Posts

SPUMI suntik modal hingga RM100,000 bantu usahawan India Kulai kembangkan perniagaan

KULAI – Usahawan mikro dalam komuniti India di daerah ini berpeluang memperoleh suntikan modal sehingga RM100,000 menerusi Skim Pembiayaan Usahawan Mikro India (SPUMI) yang disediakan oleh TEKUN Nasional bagi memperkukuh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konvensyen BN Johor mungkin diawalkan susulan pembubaran DUN

JOHOR BAHRU – Konvensyen Barisan Nasional (BN) Johor yang sebelum ini dijadualkan berlangsung pada 14 Jun ini berkemungkinan akan diawalkan susulan perkembangan politik semasa negeri itu, terutama selepas pembubaran Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPUMI suntik modal hingga RM100,000 bantu usahawan India Kulai kembangkan perniagaan

SPUMI suntik modal hingga RM100,000 bantu usahawan India Kulai kembangkan perniagaan

Konvensyen BN Johor mungkin diawalkan susulan pembubaran DUN

Konvensyen BN Johor mungkin diawalkan susulan pembubaran DUN

Senarai calon BN Johor tular disifatkan palsu, parti minta ahli tidak terpedaya

Senarai calon BN Johor tular disifatkan palsu, parti minta ahli tidak terpedaya

Wanita ditahan, didakwa hari ini kes campak bayi dari tingkat 10 flat PPR

Wanita ditahan, didakwa hari ini kes campak bayi dari tingkat 10 flat PPR

Kereta terbabas, empat cedera dalam kemalangan di Jalan Pegong

Kereta terbabas, empat cedera dalam kemalangan di Jalan Pegong

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan