BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

BARISAN Nasional (BN) terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik di Sabah bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi BN itu berkata, ini kerana mana-mana parti atau gabungan politik berpangkalan di pusat, wajib bekerjasama dengan parti politik atau gabungan di Sabah.

“Walaupun kita belum memuktamadkan bentuk ‘grand coalition’ (gabungan besar), kita sedang mengeksplorasi beberapa kemungkinan yang saya sebutkan.

“(Gabungan itu seperti) BN-PH Plus Plus Plus kerana sepatutnya kita tidak tertakluk kepada satu atau dua sahaja gabungan.

“Namun kami merasakan hakikat yang penting adalah mana-mana parti politik atau gabungan parti politik berpangkalan di pusat, wajib bekerjasama dengan mana-mana parti politik atau gabungan parti politik di Sabah,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Sebelum ini, Sekretariat Kerajaan Perpaduan mengumumkan kerjasama antara PH-BN, namun Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, GRS sedia bergerak solo jika benar kerjasama dua gabungan itu berlaku.

Hajiji dilaporkan berkata, Kerajaan Negeri patut dipimpin oleh parti tempatan yang memahami realiti, budaya dan keperluan rakyat tanpa mengetepikan peranan dan kepentingan parti nasional dalam kerangka ‘kerjasama lebih luas’.

PRN Sabah ke-17 perlu diadakan pada atau sebelum 8 Disember tahun ini.

Related Posts

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima baik keputusan anaknya, Nurul Izzah Anwar untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden parti itu. Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

PAKATAN Harapan (PH) dijangka memanfaatkan tempoh lebih setahun menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) bagi mengukuhkan kedudukannya susulan berakhirnya tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu. Pensyarah Fakulti Perniagaan dan Sains…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor