Karnival Kerjaya PMR Sabah: Graduan teruja pertama kali mohon kerja, hadir temu duga

TAWAU – Seorang graduan, Muhammad Saufi Bahrum, 21, meluahkan rasa teruja apabila berpeluang menghadiri temu duga kerja secara bersemuka buat pertama kali sempena Karnival Kerjaya MyFuture Jobs, di Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Sabah di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT), pagi Jumaat.

Saufi, pemegang Diploma Sokongan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri, berkata beliau pada awalnya berasa agak gementar, namun tetap hadir seawal pukul 10 pagi dan mendaftar di kaunter permohonan kerja.

“Saya dari Muhibbah Raya dan ini kali pertama saya mohon kerja selepas tamat pengajian di Selangor tahun lepas.

“Sebelum ini saya hanya fokus pada bidang pengajian, tapi hari ini saya mohon pelbagai jawatan termasuk sebagai operator kilang. Saya harap dapat pekerjaan,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press.

Sementara itu, Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Perkeso, Nurazmira Hassan berkata lebih 800 peluang pekerjaan ditawarkan sepanjang PMR Sabah berlangsung, melibatkan penyertaan 16 majikan dari pelbagai sektor.

“Sebanyak 847 kekosongan jawatan ditawarkan kepada pencari kerja. Justeru, kita menggalakkan orang ramai hadir kerana kekosongan ini terhad dan majikan sedang mencari pekerja.

“Sehingga jam 11 pagi, kita telah menerima 210 permohonan kerja daripada 69 pencari kerja berdaftar sejak kaunter dibuka pada jam 9 pagi,” katanya.

Tinjauan The Malaysia Press di reruai karnival mendapati suasana masih lengang pada sebelah pagi, dengan setiap majikan menyediakan sekurang-kurangnya satu ruang khas bagi sesi temu duga terus kepada calon yang hadir.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff