Usaha perkukuh autonomi menerusi pendidikan, laporan IGC 1962 jadi asas MA63 – Annuar

KUCHING – Usaha memperkukuh autonomi menerusi sektor pendidikan di Sarawak terus digerakkan dengan menjadikan laporan IGC 1962 sebagai asas tuntutan hak mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee berkata MA63 adalah dokumen yang sah dari segi perundangan dan memperjelas hak serta bidang kuasa kerajaan negeri dalam urusan pentadbiran termasuk pendidikan.

“MA63 berpandukan laporan IGC 1962 dan kini memiliki kedudukan sah dari sudut undang-undang,” ujarnya.

Selain itu, Annuar turut memaklumkan kerajaan Sarawak mengemukakan sebanyak 15 tuntutan berkaitan pendidikan di Dewan Rakyat dan setakat ini pencapaiannya amat menggalakkan.

“Ini termasuk pengiktirafan penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan Sarawak serta pemindahan kuasa kelulusan projek pendidikan daripada kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh media selepas Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan Surat Hasrat Kerjasama antara Kolej Universiti i-CATS dengan institusi TVET dan pihak industri pada Rabu.

Selain itu, Annuar turut memaklumkan kebenaran yang diperoleh untuk melaksanakan peperiksaan sendiri bagi murid Tahun Enam mengikut piawaian antarabangsa dengan kerjasama Cambridge University Press and Assessment 

“Ini merupakan satu kejayaan besar hasil hubungan rapat antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat,” katanya lagi.

Beliau turut berkata lagi Sarawak satu-satunya negeri yang melaksanakan peperiksaan sendiri selepas pemansuhan peperiksaan awam Tahun Enam iaitu UPSR. 

Tambah beliau, kejayaan ini tidak mungkin dapat realisasikan tanpa kelulusan dan sokongan daripada kerajaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan Perenggan 17 dalam Laporan IGC 1962 memperincikan sebarang dasar pendidikan di Sarawak perlu dirujuk dan dibincangkan dengan kerajaan negeri.

Turut hadir Naib Canselor i-CATS Profesor Emeritus Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat