MBPP gempur gerai warga asing tanpa lesen

GEORGE TOWN – Sebanyak dua buah gerai haram yang dikendalikan warga asing di Daerah Barat Daya negeri ini diroboh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), hari ini.

Menerusi kenyataan MBPP di Facebook, kedua-dua premis berkembar tersebut telah disewakan kepada warga asing untuk menjalankan aktiviti perniagaan.

Tindakan tegas penguatkuasaan turut meliputi sitaan peralatan perniagaan mengikut notis yang telah dikeluarkan berdasarkan Undang-Undang Kecil (UUK) Penjaja-penjaja MBPP 1979.

“Bagi tindakan perobohan struktur tanpa kebenaran adalah berdasarkan Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” katanya di sini hari ini.

Menurut MBPP, operasi tersebut diterajui Jabatan Pelesenan bersama Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti.

Ia turut disertai pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan polis.

“MBPP akan terus memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana premis perniagaan terutama gerai-gerai makanan yang disewakan kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan,” tambahnya.

Related Posts

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Miri – Keselesaan penduduk Kampung Haji Wahed kini terjamin apabila projek pembangunan di bawah Program Kampung Angkat MADANI yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM1 juta di kawasan tersebut siap sepenuhnya. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

MIRI – Semangat perpaduan dan kelestarian budaya terus menjadi keutamaan dalam memacu Sarawak ke arah negeri maju apabila Sambutan Gawai Miri Ke-20 Tahun 2026 berlangsung meriah di Meritz Hotel pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI