Pahang laksana projek impak tinggi di tujuh stesen ECRL

KUANTAN – Kerajaan Pahang bersedia melaksanakan pelan pembangunan berimpak tinggi di tujuh stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini hasil Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD), semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perancangan itu memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam dalam lingkungan radius 15 kilometer dari setiap stesen ECRL.

Katanya, dengan adanya kemudahan itu dijangka memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat serta merangsang pertumbuhan ekonomi setempat.

“Dengan pelaksanaan Projek Pemecut Ekonomi (EAP) dan pembangunan TOD secara strategik dan mampan, kerajaan negeri meletakkan sasaran menjadikan kawasan sekitar stesen ECRL sebagai pusat pertumbuhan baharu yang inklusif serta berdaya saing.

“Empat pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Majlis Perbandaran Bentong (MPB) dan Majlis Daerah Maran (MDM) diberi tanggungjawab menjayakan perkara itu.

“PBT ini akan merangka pelan tindakan pembangunan EAP dan TOD di kawasan masing-masing, dengan penekanan kepada manfaat nyata kepada penduduk tempatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Wan Rosdy berkata, komponen pembangunan yang dikenal pasti membabitkan pelbagai aspek seperti pembinaan Pangsapuri Pahangku, Inland Port, pusat pentadbiran dan pusat komersial.

Katanya, selain itu hotel dan kompleks perniagaan, pembangunan bercampur, institusi serta kemudahan masyarakat, utiliti dan infrastruktur perumahan dan sebagainya akan dibangunkan di situ.

Related Posts

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

ARAU – Seorang pelajar politeknik maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Jalan Changlun, Kuala Perlis berhampiran Kampung Banat, awal pagi tadi. Mangsa berusia 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu