Zon Makanan TAS, PMRS tutup sementara sempena PMR Sabah 2025

TAWAU – Zon Makanan Tamu Ahad Sabindo (TAS) pada 11 Mei dan Pasar Malam Rabu Sabindo (PMRS) pada 7 Mei ini ditutup sementara bagi memberi laluan kepada Program MADANI Rakyat (PMR) Sabah 2025.

Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dalam satu notis memaklumkan, susulan itu, bayaran tapak bagi kedua-dua tamu berkenaan akan dikecualikan.

Sementara itu, MPT turut memaklumkan tempoh operasi TAS dilanjutkan bermula 6 pagi hingga 5 petang bagi jenis jualan hasil laut (kering dan basah), sayur, buah, pelbagai, haiwan peliharaan dan pakaian.

Oleh itu, para peniaga dinasihati menjaga kebersihan sepanjang pengoperasian TAS.

PMR Sabah 2025 berlangsung selama tiga hari bermula 9 Mei ini akan menawarkan lebih 200 perkhidmatan secara langsung kepada pengunjung di dataran MPT.

Program dengan tema ‘Menoktahkan Kemiskinan dengan Keusahawanan’ itu diterajui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama Kementerian Pembangunan, Perindustrian dan Keusahawanan Sabah.

Penutup program pada 11 Mei akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Related Posts

Belanjawan 2027: Bekalan air konsisten penting, sokong pembangunan ekonomi Sabah – Kartini

SANDAKAN – Bekalan air yang konsisten dan boleh dipercayai penting bagi menyokong pembangunan ekonomi serta peningkatan taraf hidup rakyat di Sabah dan perlu diberi perhatian dalam Belanjawan 2027. Ketua Cabang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pahang sedia 60 peranti al-Quran Braille untuk OKU penglihatan

KUANTAN – Kerajaan Pahang menyediakan 60 peranti al-Quran e-Braille bernilai RM600,000 bagi memperkasa pembelajaran al-Quran dalam kalangan golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan di negeri ini. Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Bekalan air konsisten penting, sokong pembangunan ekonomi Sabah – Kartini

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Belanjawan 2027: Bekalan air konsisten penting, sokong pembangunan ekonomi Sabah – Kartini

Pahang sedia 60 peranti al-Quran Braille untuk OKU penglihatan

Pahang sedia 60 peranti al-Quran Braille untuk OKU penglihatan

Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki

  • By Fatin
  • October 8, 2026
Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki

KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155

Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155