MP Paya Besar dilantik Pengerusi JKMR

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah dilantik Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) bagi tempoh tiga tahun, berkuat kuasa 25 April lalu hingga 25 April 2028.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan berkata, pelantikan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaras peruntukan Seksyen 14 Akta SPRM (Akta 694).

Surat cara pelantikan disampaikan Anwar dan disaksikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di bangunan Parlimen, hari ini.

Tiga ahli sedia ada menerima surat cara pelantikan semula membabitkan Ahli Dewan Rakyat Parlimen Batang Lupar, Mohd Shafizan Kepli; Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman dan Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui.

Tiga ahli baharu JKMR adalah Ahli Dewan Negara, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz; Datuk Seri Prof Emeritus Dr Awang Sariyan dan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.

“Semua yang dilantik daripada kalangan Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat mewakili parti kerajaan serta parti pembangkang.

“Ahli JKMR berperanan menasihati Perdana Menteri mengenai pelbagai aspek berkaitan masalah rasuah dalam negara dan memeriksa Laporan Tahunan SPRM,” kata kenyataan itu.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ada keperluan Akta Hasutan 1948 dimasuhkan segera – Hilman

KUALA LUMPUR – Keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pemuda Bersatu, Muhammad Hilman Idham daripada tuduhan membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam membuktikan wujud keperluan Akta Hasutan 1948 dimansuhkan segera. Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan